in

“Degil tak bertempat” – 28 Individu Ditahan & Dikompaun Sebab Langgar PKPP, Pergi’Panjat’ Bukit Broga

Broga Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Jun lepas, Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor diarahkan tutup selepas dilaporkan ‘sesak’ dengan kehadiran pengunjung yang melanggar SOP, 22 Jun lepas.


Disebabkan itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020.

Hill1

Hill2

Namun, masih ada kumpulan yang degil dan cuba untuk mendaki Bukit Broga. Melalui Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, 28 individu dilaporkan telah ditahan dan diambil tindakan kerana melanggar arahan PKPP.

Team Pemantauan Ops Covid-19 IPD Kajang yang dibantu oleh anggota rondaan MPV telah melakukan pantauan pada 8 dan 9 Ogos serta mendapati kumpulan itu telah selesai melakukan aktiviti pendakian di Bukit Broga.

Broga2

Broga4

Meskipun terdapat tanda ‘SITA’ dan beberapa kon penghadang menandakan ianya ditutup namun kumpulan terbabit tidak menghiraukan hal itu dan selamba meneruskan pendakian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zain bin Hassan, sebaik saja ditahan, kesemua 28 individu terbabit telah dibawa ke Balai Polis Semenyih oleh Team Pemantau untuk tindakan selanjutnya. 2 daripada mereka ditangkap bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) APPPB 1988 manakala 26 lagi dikompaun atas kesalahan di bawah Seksyen 18 Peraturan 10/11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Broga3

Broga1

Broga5

IPD Kajang menasihatkan dan mengingatkan orang ramai supaya tidak melanggar arahan PKPP untuk melakukan aktiviti pendakian Bukti Broga buat masa ini kerana masih ditutup. Jika ada yang didapati melanggar arahan itu, pihak berkuasa akan ambil tindakan sepatutnya.

Baca: “Jangan ada kluster Broga pulak” – Individu Kongsi Gambar Pendaki ‘Beratur’ Nak Panjat Bukit Broga, Tak Jaga SOP

Untitled Collage 18

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.