Lama Tunggu Di Klinik Tapi Belum Dipanggil? Baca Penjelasan Doktor Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak terfikir kenapa kalau kita pergi ke klinik, dah ambil nombor giliran tapi tak dipanggil lagi?

Tapi pakcik yang datang kemudian daripada kita dah selamat masuk ke dalam.

Nombor di klinik adalah nombor panggilan, bukan nombor giliran

Mesti ramai pernah berdepan dengan masalah seperti ini. Lagi-lagi bila dah sakit, pasti rasa sabar dalam diri tu semakin menipis.

Kita tertanya-tanya kenapa orang lain dipanggil dulu? Jadi ikuti penjelasan Doktor Nim berhubung perkara ini.

Akibat kurang memahami konsep nombor panggilan dan nombor giliran maka adalah yang nak mengamuk dan viral tanpa sebab.

Setiap klinik mempunyai sistem tersendiri

Ada kemungkinan lain klinik mengamalkan sistem panggilan berbeza, jadi apa-apa pun rujuk dahulu dengan mereka.

Menurut Doktor Nim, sesetengah klinik sediakan nombor berbeza berdasarkan jenis rawatan diperlukan.

Sumber: Twitter

Tapi tak semua kes di klinik itu berdasarkan temujanji, mungkin ada yang baru datang pada hari sama.

Sumber: Twitter

Tak adil juga kalau pesakit yang walk-in atau datang pada hari berkenaan terpaksa tunggu lama, kan? So, mereka ini akan didahulukan mengikut nombor panggilan dikhaskan.

Jadi korang kenalah faham doktor kena bergilir-gilir merawat pesakit ini juga.

Pesakit kena bersedia, bertolak-ansur

Kalau kes kecemasan pula, takkan doktor nak biarkan pesakit dengan kes lebih berbahaya di situ?

Atau bagi mereka yang terpaksa membuat pemeriksaan saringan, takkan kita nak biarkan saja nombor-nombor lain tunggu mereka habiskan rawatan?

Sumber: Twitter

Jadi maksudnya di sini kita sebagai pesakit kena jugalah bersedia dan bersikap tolak-ansur.

Kalau ada temu janji, pastikan datanglah pada slot waktu sepatutnya.

Sumber: Twitter

Dah kenapa appointment lambat lagi tapi nak pergi awal-awal. Kan dah mengambil peluang orang lain dan sebabkan slot masa tu penuh tanpa sebab.

Jadi fahamkan dulu konsep sistem panggilan klinik sebelum mula viral di sana sini.

Baca: “Ramai tak faham fungsi jabatan kecemasan” – Rupanya Pesakit Tak Boleh Datang Ke ED, Lelaki Ini Jelaskan Kenapa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.