Seekor buaya yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk selepas dilaporkan berkeliaran di perairan Kampung Pasir, Tampoi, Johor Bahru sejak beberapa minggu lalu akhirnya berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), awal pagi tadi.
Menerusi video yang dikongsikan, reptilia itu dilihat memasuki perangkap khas yang dipasang pihak berkuasa sebelum pintu sangkar tersebut ditutup bagi menangkap buaya itu.
Rakaman berdurasi lebih dua minit itu memaparkan orang ramai setia menunggu dengan penuh debaran sambil memerhati pergerakan reptilia berkenaan yang perlahan-lahan menghampiri pintu perangkap.
Lebih menjadi perhatian apabila suasana yang pada mulanya sunyi bertukar gamat ketika buaya terbabit berjaya masuk ke dalam perangkap.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Buaya hatchback” – Orang Ramai Geli Hati Tengok Gelagat Anak Buaya Tanpa Ekor
Artikel berkaitan: “Mungkin ia tersesat” – Penampakan Buaya, MBSA Nasihatkan Orang Ramai Hati-hati Ketika Beriadah
Difahamkan, hampir 5 jam orang ramai menunggu di lokasi bagi menyaksikan sendiri operasi menangkap buaya itu berjaya disempurnakan.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terkejut apabila mendengar sorakan yang begitu kuat selepas buaya itu memasuki perangkap.

Kehadiran buaya itu sebelum ini turut menjadi perhatian ramai selepas beberapa rakaman video memaparkan kelibat reptilia tersebut di kawasan perairan terbabit tular di media sosial.
Sumber: Threads
