in

“Lainkali buat bodoh je”- Panik! Lelaki Panjat Sayap Pesawat Yang Tengah Nak Berlepas

Featured 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki gemparkan penumpang kapal terbang yang baru hendak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammaed di Lagos, Nigeria pada Jumaat lalu.


Lelaki tidak dinyatakan identitinya itu berjalan masuk ke landasan sebelum bertindak memanjat dan bergerak di atas sayap pesawat Azman Air, bagaimanapun perlakuannya itu disedari salah seorang juruterbang.

1 18
Sumber: youtube

Juruterbang kemudiannya mematikan enjin pesawat sementara lelaki tidak dikenali itu meninjau dan berjalan-jalan di sekitar pesawat, menurut kenyataan Azman Air.

Malah dilaporkan lelaki itu bukan sahaja melompat ke bahagian sayap pesawat sebaliknya cuba memasuki ruangan kabin, memetik Mirror.

Tindakannya cetus panik penumpang segera memaklumkan kru penerbangan buka pintu kecemasan.

6 3
Sumber: youtube

Namun tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya cuba dilakukan lelaki itu.

Difahamkan Penceroboh berkanaan masuk ke kawasan landasan ketika juruterbang menunggu isyarat daripada pengawal trafik udara untuk berlepas. (Henrietta Yakubu, Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan Nigeria).

Kejadian itu bagaimanapun tidak menjejaskan jadual penerbangan namun penumpang diminta turun bagi krew lakukan pemeriksaan kedua sebelum pesawat berlepas ke Port Harcourt.

Tonton video penuh di bawah :

 

Ape la mimpi dia sampai panjat kapal terbang tu ha, bayangkan kalau pilot tak perasan ada orang atas sayap pesawat, tak pasal-pasal nyawa melayang haissh!

Baca : Pesawat menjunam 5,000 kaki per minit- Mengerikan! Juruterbang Alami Depresi Sebelum Korbankan 150 Penumpang Anak Kapal Sekelip Mata

No

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.