in

“Pesawat menjunam 5,000 kaki per minit”- Mengerikan! Juruterbang Alami Depresi Sebelum ‘Korbankan’ 150 Penumpang & Anak Kapal Sekelip Mata

Featured 13

Siapa yang pernah naik kapal terbang pasti akan berkongsikan pengalaman yang mengujakan tiap kali naik pesawat.

Namun apa yang berlaku pada 24 Mac 2015 ini bukan sesuatu yang baik untuk diingati.

 

Misi ‘berani mati’ juruterbang depresi, korbankan 150 nyawa

Kisah ini mengenai juruterbang yang alami depresi sebelum menjalankan ‘misi berani mati’ sehingga mengorbankan semua krew dan penumpang dalam pesawat tersebut.

1
Sumber : google

24 Mac 2015 merupakan detik yang kekal dalam lipatan sejarah penerbangan dunia. Sebuah pesawat kendalian syarikat Germanwings iaitu Germanwings Flight 9525 yang berlepas dari Barcelona menuju Dusseldorf, Jerman kini hanya tinggal kenangan.

Pesawat yang dikendalikan Kapten Patrick Sondenheimer, 34 tahun dan Pegawai Pertama (FO), Andreas Lubitz 27 tahun dinaiki 144 penumpang dan 6 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Barcelona El Prat tepat pukul 10.01 pagi dan dijangka mendarat di Dusseldorf Jerman pada 11.39 pagi waktu tempatan.

20 minit pertama penerbangan semunya lancar, tiada apa yang membimbangkan berlaku sehinggalah pesawat tersebut mencapai 38,000 kaki atau 11,500 meter iaitu cruising altitudenya.

 

“If you need to go to the bathroom, now is a good time..”

Abd
First officer andreas

Namun, kisah bermula pada 10.25 pagi iaitu 25 minit selepas pesawat Germanwings berlepas, perbualan menerusi rakaman Cockpit Voice Recorder (CVR) ini menjadi bukti perbualan terakhir antara Kapten Patrick dengan FO Andreas

FO Andreas : If you need to go to the bathroom, now is a good time (Tuan, kalau tuan nak ke tandas, saya rasa inilah masanya)

Kapten Patrick : Good idea. I think i will go. Please take care of the radio communication for a while and i will handle the flight control for you ( Ya betul juga, saya pergi sekarang dan serahkan kawalan pesawat kepada anda)

FO Andreas : I hope so (saya harap saya boleh)

Sejurus kemudian Kapten Patrick keluar ke tandas dan tanpa melengahkan masa FO Andreas terus kunci pintu kokpit dari dalam.

*Kalau korang nak tau, pintu kokpit pesawat Boeing ni direka dengan ciri keselamatan yang sangat tinggi selepas apa yang berlaku pada 11 September (tragedi World Trade Center) dan hanya boleh dibuka dari dalam kokpit sahaja.

 

Dia kunci kokpit dari dalam, junamkan pesawat 5,000 kaki per minit!

Lepas je FO Andreas berjaya kunci kokpit dari dalam, dia pun terus menetapkan pesawat tersebut untuk terbang pada aras 100 kaki iaitu kira-kira 30 meter dan pada masa sama dia tingkatkan kelajuan pesawat hingga 350 knot iaitu 650km sejam.

Lebih mengerikan dia sendiri junamkan pesawat tersebut dengan kelajuan 5,000 kaki per minit atau 1.5km per minit.

CVR pesawat berjaya rakam bunyi hentakan pada pintu dengan suara Kapten Patrick memaksa pintu kokpit dibuka namun semuanya gagal.

2 5
Graf yang menunjukkan ketinggian dan kedudukan pesawat germanwings 9525
3 5
Kronologi ringkas tragedi germanwings 9525

Pelbagai cara diguna termasuk menggunakan kapak dan pemadam api namun pintu tersebut terlalu ampuh untuk dibuka kerana memiliki ciri-ciri keselamatan yang sangat tinggi.

Buka pintu! Buka pintu! Benarkan aku masuk!”

Namun malangnya, tepat 10.41 pagi iaitu 40 minit selepas berlepas pesawat tersebut akhirnya terhempas di Massif des Trois-Eveches yang terletak di Banjaran Alps.

Lebih menyedihkan kesemua 150 penumpang dan anak kapal terkorban dalam tragedi tersebut.

Lepas je data diekstrak dari CVR dan Kotak Hitam pesawat, mereka mengesahkan yang tragedi itu dilakukan oleh FO Andreas Lubitz dengan menjunamkan pesawat melebihi kelajuan 640km sejam.

4 2
Komputer yang diambil dari rumah fo andreas
5 1
Cvr germanwings 9525

Lepas siasatan dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian rupanya FO Andreas ni ada masalah kemurungan dan pernah beberapa kali cuba membunuh diri.

Beberapa bulan sebelum tragedi malang tersebut, Andreas rupanya baru putus tunang. Kemudian dia mendapatkan rawatan pakar psikiatri dan pakar tersebut rupanya dah labelkan yang FO Andreas unfit to fly.

Tapi, si FO Andreas ni bertindak koyakkan dokumen tersebut untuk menghapuskan bukti yang dia unfit to fly.

Bukan tu je, geng penyiasat yang pergi rumah dia pun jumpa macam macam dalam komputer antaranya :

  • Rawatan perubatan untuk MDD
  • Pintu kokpit pesawat
  • Cara-cara bunuh diri
  • Apa yang berlaku selepas mati

Nampak sangat FO Andreas ni dah plan dari awal kan? Dan paling tak disangka ialah rupanya dia dah letakkan ubat dalam kopi Kapten tersebut supaya lelaki itu rasa nak ke tandas.

Video animation kat bawah ni korang boleh nampak dengan jelas rentetan perjalanan tragedi Germanwing 9525.

Hurmm macam-macam boleh berlaku pada mereka yang alami depresi ni kan? Sebab tu perkara macam ni jangan dibuat main. Semoga kita dijauhkan dari segala yang memudaratkan.

Baca : MH370 Dah Dijumpai Di Laut Sumatera? Lelaki Bersumpah Dengan Al-Quran, Nampak Pesawat Terbakar Sebelum Terhempas Dalam Laut.

Mh370