Kalau korang biasa beli barang online, kadangkala seller ada selitkan item lain yang korang tak pesan pun sebagai free gift. Mungkin sebagai tanda terima kasih sebab korang support bisnes diorang.
Seorang lelaki di Amerika Syarikat ini juga ada menerima satu free gift selepas menerima passport holder yang dibelinya secara online di Amazon. Namun begitu, free gift yang diterima lelaki ni bukan beshe-beshe sebab dia terima kad vaksinasi COVID-19 palsu!
Lapor Metro, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu menerima kad berwarna putih beserta logo Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di dalam balutan plastik passport holder yang dipesannya.
Untuk pengetahuan, kad vaksinasi yang diterima lelaki terbabit kelihatan hampir serupa dengan yang asli cuma ia tidak dihiasi info yang sepatutnya ada bagi mereka yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 di negara itu. Tidak cukup dengan itu, saiz kad palsu itu juga yang sedikit besar.
Difahamkan, pembeli berkenaan hanya menyedari bahawa passport holder yang dibelinya memang datang bersama kad vaksinasi palsu itu selepas membaca review usai menerima barangan terbabit.
“Saya pelik macam mana syarikat seperti Amazon boleh terlepas pandang hal serius macam ni,” katanya.
Dalam pada itu, Amazon dilaporkan telah menurunkan item tersebut daripada laman web mereka selain mengeluarkan kenyataan pihaknya akan lebih berhati-hati di masa hadapan bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku.
Sumber: Metro
Baca: Polis Ukraine Serbu Tempat Cetakan Sijil Vaksin Palsu, Siap Buat Siaran Langsung Kat TV