in

Lagi Sebulan Nak Raya Ni, Korang Kena Tahu Apa Boleh Dan Tak Boleh Buat Pada Bayi & Kanak-Kanak

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik, pejam celik. Sekejap je bulan Ramadhan dah tiba.

Tak lama lepas tu kita pun akan menyambut Hari Raya. Sebulan je lagi, kan?


“Kalau bukan anak u, u better stick to these rules!”

Pasti ramai yang sibuk melawat sanak saudara pada hari itu nanti. Bawa keluarga dan anak masing-masing untuk beramah mesra.

Tapi pastikan korang tak lakukan beberapa perkara ini, terutamanya bila rumah dilawati ada kanak-kanak atau bayi!

Parents
sumber: twitter

Seorang ibu dan juga ahli perniagaan, Siti Najihah Hussin sempat berkongsi beberapa perkara yang harus kita ambil kira. Terutamanya melibatkan kanak-kanak yang bukan milik sendiri.

Jangan buat perkara-perkara ini!

Pertama, jangan buat budak tu macam anak sendiri! Dia ada mak ayah sendiri kan. Takkan korang nak berkepit 24 jam. Agak-agak ler.

Lepas tu jangan memandai-mandai nak peluk cium lebih-lebih! Tahu tak ada berapa banyak kuman yang kita transfer bila buat macam tu?

Lagi-lagi dengan newborn. Sistem imun dia belum kuat, so sila prihatin!

Parents 4
sumber: twitter

Anda merokok?Jauhi diri anda daripada mendekati anak-anak kecil ini. Nak sakit, sakit sendiri. Jangan bahayakan kesihatan anak orang lain, please.

JANGAN! JANGAN! JANGAN!

Jangan memandai-mandai berikan atau suapkan makanan kepada anak orang lain terutamanya makanan manis.

Make sure korang dah beritahu kepada mak ayahnya dahulu. Mana tau, budak tu ada alergik atau sensitif ke.

“Eh, kenapa anak u ni putih yang tu gelap?”

Bukan takat itu saja. Siti Najihah juga menasihatkan agar setiap orang tidak membanding-bandingkan antara anak mereka.

Seriously, kalau orang lain cakap benda sama kat korang suka ke tak?

“Dulu kurus, sekarang kenapa gemuk sangat macam badak?” Ouch! Celupar.

Parents 5
sumber: twitter

Adatlah, budak-budak ada macam-macam perangai. Tapi itu tak bermakna korang boleh sesuka hati menghukum atau buat apa-apa kepada anak mereka.

Last but not least, tolong prihatin bila anak-anak menangis. Jangan sesuka hati nak menguji peparu, jantung, ginjal atau sewaktu dengannya milik mereka. Mereka bukan bahan kajian.

Kalau dah elok tak menangis, janganlah dicuit-cuit budak tu!

Peringatan untuk parents

Dalam pada itu, netizen pun sempat berkongsi beberapa peringatan lain terutama kepada ibubapa kanak-kanak terbabit.

Parents 3
sumber: twitter
Parents 2
sumber: twitter
Parents 1
sumber: twitter

Sama-samalah kita menjaga sikap masing-masing supaya semua dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sangat tenang.

Baca: “Bila cakap orang tak merokok ini bodoh..Marah” – Perokok Kena ‘Bash’ Teruk Sebab Sindir Pelanggan Bawa Anak Makan

41546497752 Merokok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.