in

“Korang ni nak sangat ke aku merogol orang?” – Azhan Rani Naik Angin Gambarnya Dikaitkan Dengan Isu Rogol

Azhan5

Akibat penangan drama NUR membawa watak ustaz ‘miang’, Azhan Rani meluahkan rasa terkilan terhadap pihak yang mempergunakan gambarnya sebagai ilustrasi bagi laporan berkaitan dengan rogol.

Kata Azhan, menerusi Instagramnya semalam, dia yang terkenal menerusi watak Ustaz Hamadi itu sebenarnya tidak kisah, tetapi tidak suka jika gambarnya digunakan sesuka hati.

 

Korang ni nak sangat ke aku merogol orang?”

Azhan terkilan apabila gambarnya diambil tanpa memberikan kredit dan tidak menyatakan bahawa gambar watak Ustaz Hamadi itu hanya sekadar hiasan.

“Sebagai wakil media yang kuat jugak pengaruh di sosial media ni kan bagus kalau nampakkan sikit sopan dan beretika korang ni. Dah la tu gambar dari IG aku, credit tidak apa pun tidak pastu suka2 hati tak letakkan pun penerangan sekadar gambar hiasan ke apa ke. Korang ni nak sangat ke aku merogol orang?”

Tambahnya lagi, biarpun dirinya seorang pelakon, Azhan ada sedikit ilmu pengetahuan tentang etika ketika belajar dahulu.

“Mesti ada beza penulisan orang media macam media arus perdana, netizen dan orang cetek ilmu macam aku ni. tapi kalau dah macam ni cara korang tulis cerita, aku dok pikir dari editor sampai writer yang kerja budak we chat je ke?.”

Azhan

Luahan itu dikongsikan berikutan gambarnya yang digunakan untuk satu laporan berita jenayah rogol. Azhan menyatakan pada mulanya dia malas nak ambil pusing, tetapi akhirnya dia ‘bersuara’ juga bagi pihak dirinya. Lapor Harian Metro.

 

Baca : “Ustaz Madi buat hal lagi weh..”- [VIDEO] Tarian ‘KetumKetumRamadan” Azhan Rani Buat Netizen Tergelak Sakan.

Azhan2

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram