Konsert Billie Eilish ‘Meriah’ Dengan Sampah Yang Ditinggalkan Pengunjung

Tambah ke Sumber Pilihan
Konsert Billie Eilish ‘Meriah’ Dengan Sampah Yang Ditinggalkan Pengunjung

Semalam baru saja diadakan konsert besar-besaran di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menampilkan penyanyi terkenal antarabangsa, Billie Eilish.

Keterujaan peminat juga dapat dilihat melalui beberapa perkongsian yang telah dimuat naik di media sosial yang menggambarkan suasana meriah berlaku di konsert semalam.


Namun, dalam-dalam keseronokan mereka juga, ada perkara telah berlaku sebelum bermulanya konsert yang membuatkan para netizen tidak senang melihat situasi tersebut.

Stadium ‘meriah’ dengan sampah yang ditinggalkan

Video berdurasi 7 saat itu telah dikongsi di laman TikTok Jozeph (@meranomiii)  memaparkan situasi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dipenuhi dengan sampah ditinggalkan oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab yang menghadiri konsert tersebut.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa sampah yang berupa makanan dan minuman telah ditinggalkan oleh sebahagian peminat dan ada juga tumpahan air di lantai yang boleh dikatakan telah mencacatkan pemandangan stadium tersebut.

Pernah berlaku sebelum ini

Sebelum ini pernah berlaku perkara sama di salah sebuah acara bertempat di program RXZ Member 4.0 2022 di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu memaparkan situasi sampah yang bertebaran di sekitar kompleks tersebut sehingga mendapat kecaman netizen.

Raih perhatian netizen, bukti semua acara sama sahaja mentaliti masyarakat!

Video tersebut raih perhatian netizen apabila rata-rata daripada mereka mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Ada juga antara mereka yang mengatakan semua acara sama sahaja tanpa melibatkan sosial status.

Menjengah ke ruangan komen juga, pengguna laman sosial mengecam selain menyamakan perbuatan itu dengan pengunjung pada program RXZ Member 4.0 2022 di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu.

Screenshot 2022 08 19 At 12.46.33 PmSumber: TikTok

Screenshot 2022 08 19 At 12.47.03 PmSumber: TikTok

Screenshot 2022 08 19 At 12.47.20 PmSumber: TikTok

Semoga kita boleh cuba berubah menjadi yang terbaik sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab di mana-mana jua. Apa pendapat korang?

Baca: Peminat Teruja Untuk Jumpa Billie Eilish, Beratur Dari Malam Tadi Sebab Nak Dapat ‘Front Row’

Screenshot 2022 08 19 At 12.55.29 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syafiq Sham
Lagi tulisan Syafiq
Syafiq, 21 tahun dan berdarah pahlawan negeri Melaka. Seorang yang sukakan Nasi Lemak tidak kira waktu. Pencinta lagu Indonesia juga hanya apabila dia sendu. Paling penting, dia tak suka terung.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Konsert Billie Eilish ‘Meriah’ Dengan Sampah Yang Ditinggalkan Pengunjung
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/konsert-billie-eilish-meriah-dengan-sampah-yang-ditinggalkan-peminat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM