in

“Konon powerbank jatuh” – Jiran Dedah Shuk Sahar Keluar Rumah Fara Ikut Balcony Rumah?

Shuk3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pergolakan rumah tangga mengenai pelawak, pelakon dan penyampai radio Shuk Sahar rasanya tak perlu diperjelaskan lagi. Sehingga kini, ia menjadi buah mulut orang ramai di media sosial.


‘Rahsia’ itu telah dibongkarkan oleh Rossalenah, isteri Shuk apabila video Rossa pergi ke rumah wanita yang dikenali sebagai Fara itu tular di media sosial.

 

Jiran kantoikan?

Ia menjadi semakin getir apabila 3 hari lepas, Rossa ada kongsikan beberapa posting tentang kecurangan Shuk di Instagram.

Salah satunya adalah individu yang dikatakan tinggal di kejiranan Fara itu mendakwa bahawa Shuk ada keluar dari balkoni rumah Fara kira-kira jam 3 pagi dengan alasan…

Curang 1

Malah ada juga dikongsikan screenshot respon daripada Fara berkenaan dengan insiden Fara pulangkan kasut Shuk.

Dalam posting itu, Rossa memberikan caption seperti ‘sudah terang lagi bersuluh’ berikutan dengan pendedahan jiran.

Curang2 1

Sebelum ini, rumahtangga Shuk terpalit dengan kontroversi yang sama namun semuanya sudah diselesaikan sekitar Julai tahun lalu.

 

Baca : “Ada yang ugut nak bunuh” – Fara Buat Laporan Polis, Nafi Ada Hubungan Dengan Shuk Sahar

Shu

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.