in

“Kita pun takut nak tolong” – Lelaki Rebah & Mati Lepas Terkena Serangan Jantung Tapi Sebab Wuhan, Orang Takut Nak Tolong

Collage 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Coronavirus ni dah menimbulkan rasa panik pada orang-orang seluruh dunia lagi-lagi bila negara dorang memang ada kes ni.


Disebabkan itu, seorang lelaki berusia 60 tahun disyaki terkena serangan jantung ketika di berada tempat awam mati kerana orang disekeliling takut nak tolong atau lakukan CPR sebab tak nak terkena jangkitan coronavirus.

Menurut Daily Telegraph, lelaki tersebut pitam di luar restoran di Chinatown, Sydney pada 8.30 malam Selasa lalu. Orang-orang di sana yang menyaksikan kejadian ini tak berani nak tolong sebab ingat dia terkena jangkitan virus Wuhan.

Bag 768X394 1
Sumber: news. Com. Au

Disebabkan tak dapat pertolongan cemas dengan cepat, lelaki ini kemudiannya disahkan mati.

Menurut jurucakap polis di sana, pegawai polis dan paramedik telah cuba melakukan CPR ketika mereka tiba di tempat kejadian namun lelaki itu tetap tak dapat diselamatkan.

Reaksi orang awam yang enggan membantu lelaki ini mungkin disebabkan oleh kemunculan video-video yang menunjukkan ramai orang di China pitam di tempat awam.

Lagi pun, setakat ni dekat Australia ada tujuh kes coronavirus dan tambah lagi benda ni jadi dekat Chinatown pulak kan so boleh faham kenapa tak ada orang tolong…

 

Baca: [TERKINI] WHO Isytihar Coronavirus Kecemasan Kesihatan Global, Kini Ragut Lebih 200 Nyawa Di China

Screenshot 2020 01 31 At 12.19.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.