Kata orang, sifat cemburu dalam percintaan adalah tanda sayang kita kepada seseorang. Namun, lain pula ceritanya buat seorang wanita Britain yang bernama Debbi Wood ini.
Media tempatan Britain menggelar Debbi sebagai wanita paling kuat cemburu di dunia selepas dia sering melakukan ujian pengesanan penipuan ke atas suaminya untuk menguji tahap kesetiaan.
Bukan itu sahaja, wanita itu juga pernah menggemparkan warganet apabila dia menghabiskan sejumlah £100,000 (RM586,790.58) untuk tiga buah permainan konsol Xbox agar suaminya ‘melekat’ di rumah.
Sebelum ini juga, Debbi pernah mengaku dia sering memeriksa telefon, emel dan penyata bank suaminya kerana terlalu cemburu. Malah, dia juga melarang suaminya daripada menonton siaran televisyen yang menunjukkan gambar wanita lain.
Menurut sumber, Debbi didiagnosis dengan Sindrom Othello, gangguan psikiatri yang membuatkan dia sering berasakan pasangannya tidak setia.
Jelas pakar, berkemungkinan apa yang terjadi ke atas Debbi berpunca daripada kesan hubungan sebelum ini yang tidak berjalan dengan baik. Keadaan Debbi yang obesiti turut menyebabkan sindromnya menjadi semakin teruk.
Bagaimanapun, dilaporkan Debbi kini berjaya menurunkan berat badannya dan keadaannya semakin baik.
Sumber: Daily Mail
BACA: Kejam! Wanita Hamil Maut Ditetak Suami Sendiri Gara-gara Cemburu