Seperti yang semua sedia maklum, belum pernah lagi dalam sejarah pertandingan Miss World atau Ratu Cantik Dunia ini menampilkan gadis berhijab berjaya hingga ke peringkat finalis.
Pun begitu, gadis berhijab dari negara Somalia ini nampaknya telah memecah tembok dunia ratu cantik, selepas berjaya menjadi peserta berhijab pertama yang mewakili negaranya dalam pertandingan berprestij itu.
Dia ialah Khadija Omar yang akan tampil di pentas Miss World yang bakal diadakan di Puerto Rico dan malam finalenya akan dilangsungkan pada 16 Disember 2021 nanti.
https://www.instagram.com/p/CNiXBW7AaMO/
Dah lama berhasrat bertanding Miss World wakili wanita berhijab
Menurut Instagram peribadinya, Khadija masih dalam keadaan tidak percaya kerana telah menjadi Miss World Somalia yang pertama dan telah lama menyimpan hasrat untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik tersebut.
Saya tidak percaya saya adalah Miss World Somalia yang pertama. Sesiapa yang mengenali saya, tahu betapa lama saya berhasrat untuk bertanding dalam pertandingan dan mewakili gadis berhijab di seluruh dunia.
“Saya berharap ini memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda berhijab dan mengingatkan mereka bahawa mereka boleh bermimpi setinggi yang mereka cita-citakan.
“Saya tidak sabar untuk mencipta sejarah di Puerto Rico. Menunjukkan kepada dunia betapa cantiknya Somalia dan sekaligus membanggakan negara,” kata Khadija yang berusia 20 tahun.
https://www.instagram.com/p/CWWM6eJPx05/
Khadija bukan calang-calang, pelajar jurusan psikologi
Dia yang juga seorang jurusolek dan kini pelajar dalam jurusan psikologi di York University Kanada telah berpindah Kanada namun tidak pernah lupakan Somalia walaupun kini tinggal di negara asing.
Dibesarkan di kem pelarian Nairobi, Kenya, Khadija sangat faham akan situasi cuaca yang buruk dan keadaan di Somalia yang mana sering mengalami pemotongan air, kemarau serta banjir yang telah memberi kesan kepada jutaan wanita serta kanak-kanak di negaranya.
https://www.instagram.com/p/CWaYeg9r1RK/
https://www.instagram.com/p/CWpFXOWt-_c/
Kecintaannya kepada negara telah dibuktikan melalui projek ‘Beauty with Purpose’ yang menjadi satu kewajipan bagi peserta Miss World untuk mengendalikannya.
Dia telah bekerjasama dengan UNCHR dan Somali Youth Action dalam mewujudkan program pendidikan mata pencarian dan iklim terutamanya untuk wanita dan kanak-kanak.
Diharapkan semoga Khadija mencipta sejarah tersendiri dan berjaya membawa nama negaranya ke peringkat global.
Baca: “Cantik & bijak”- Ini 4 Fakta Tentang Doktor Muda Lavanya Sivaji, Wakil M’sia Untuk Miss World 2021