in

“Cantik & bijak” – Ini 4 Fakta Tentang Doktor Muda Lavanya Sivaji, Wakil M’sia Untuk Miss World 2021

Collage 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari lepas, Miss World Malaysia 2021 Dr Lavanya Sivaji telah pun berangkat ke Puerto Rico untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss World 2021, mewakili Malaysia pada Disember nanti.


Untuk pengetahuan korang, gadis berusia 25 tahun ini telah pun diumumkan sebagai Miss World Malaysia secara rasmi pada 18 Oktober lalu dan dia sering menerima jolokon beauty with brains di kalangan penyokong Malaysia. Jom ketahui 4 fakta mengenai Dr Lavanya Sivaji ini!

1. Orang jati Selangor

Dr Lavanya merupakan pemenang kedua Miss World Malaysia yang berasal dari Selangor. Dilahirkan di Taman Seri Gombak, Batu Caves, wanita ini kemudiannya berpindah ke Rawang ketika berusia 9 tahun dan bersekolah di SMK Seri Garing Rawang dari 2009 sehingga 2014.

2. Cantik dan bijak

Tambah menerujakan, Miss World Malaysia ini juga merupakan seorang doktor muda yang mempunyai falsafah dalam bidang perubatan yang didapatinya ketika tahun 2020 selepas enam tahun belajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah membuat latihan kedoktoran di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizal Zainal Abidin tau! Fuh gempak

3. Pernah sertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia Indian Global

Sebelum menyertai Miss World Malaysia 2021, Dr Lavanya pernah menyertai Miss Malaysia Indian Global pada tahun 2019 namun dia hanya memenangi tempat ke-4.

Ini menjadikan, pertandingan Miss World 2021 merupakan pertandingan ketiga yang pernah disertai oleh doktor muda ini!

4. Pengasas 4Them

View this post on Instagram

A post shared by @lavanyasivaji

Bukan itu sahaja, Dr Lavanya juga merupakan pengasas 4Them iaitu sebuah projek kebajikan yang memartabatkan masalah kesihatan dan juga nutrisi pemakanan di kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia. Bukan kaleng kaleng ni!

Sekarang ni korang dah tahu serba sedikit tentang wakil ratu cantik kita ni kan? Jom bagi sokongan untuk Dr Lavanya Sivaji!

Sumber: Nona, Hype

 

Baca: “Passport kita pun tak iktiraf negara tu” – Israel Jadi Tuan Rumah Miss Universe 2021, Netizen Minta M’sia Tarik Diri

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.