Kes Tekap Seterika: Pegawai Kadet UPNM Mungkin Diberhentikan Pengajian, Bayar Balik Biasiswa

Tambah ke Sumber Pilihan
Kes Tekap Seterika: Pegawai Kadet UPNM Mungkin Diberhentikan Pengajian, Bayar Balik Biasiswa

Suspek yang juga merupakan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkemungkinan akan ditamatkan pengajiannya susulan kes seorang pelajar junior yang ditekap seterika.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, nasib penuntut UPNM itu akan ditentukan menerusi pihak Lembaga Siasatan pada hari ini.


Selain diberhentikan pengajian, pegawai kadet terbabit juga mungkin dituntut membayar balik biasiswa pengajian yang ditawarkan kepadanya.

Artikel berkaitan: Lagi Kes Buli, Kali Ini Pelajar UPNM Retak Tulang Rusuk Dipijak Senior

Artikel berkaitan: Kes Buli Pegawai Kadet UPNM, Gurauan Secara Keterlaluan Jadi Motif Mangsa Dit*kap Seterika

“Dalam perkembangan terbaharu kes ini, kita sudah lengkapkan siasatan dan sudah tentu hasil siasatannya sama dengan siasatan polis, hanya daripada segi hukuman akan ditentukan pada hari ini terhadap penuntut itu.

“Kita tidak akan berkompromi sama sekali dalam soal disiplin ini kerana soal ragging semasa orientasi itu bukan perkara baru, di mana-mana institusi pun ada, tapi tak pernah membabitkan soal kekerasan begini,” katanya.

Khaled Nordin

Tegasnya, hukuman sama itu akan terpakai kepada mana-mana pegawai kadet yang didapati terbabit kes buli atau mencederakan pegawai kadet lain.

Menurut laporan, tertuduh Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada jam 11.45 malam di ALK UPNM di Kem Sungai Besi pada 22 Oktober lalu.

Pegawai kadet itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Egusra Ali.

Sumber: Malaysia Gazette

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kes Tekap Seterika: Pegawai Kadet UPNM Mungkin Diberhentikan Pengajian, Bayar Balik Biasiswa
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kes-tekap-seterika-pegawai-kadet-upnm-mungkin-diberhentikan-pengajian-bayar-balik-biasiswa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM