in

Kes Pembunuhan Datuk Ketua ‘Geng 24’: Selepas 4 Tahun, Pengawal Peribadi Dihukum Gantung Sampai Mati

Ft Datuk

Gempar apabila berlaku insiden tembakan rambang di Jambatan Pulau Pinang yang telah menyebabkan tiga maut dan lima orang cedera termasuk orang awam dan jurukamera RTM, Mohamad Amirul Amin Amir.

Kejadian yang berlaku pada 1 Disember 2016 kira-kira jam 7.15 malam itu membabitkan seorang pengawal peribadi, Ja’afar Halid yang menembak mati majikannya bergelar ‘ Datuk’ berusia 32 tahun (ketika itu) sebelum melepaskan tembakan rambang.

Tembak5

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, kejadian yang membabitkan empat kenderaan itu mengakibatkan laluan Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup kepada semua pengguna bagi membolehkan pihak berkuasa mencari bahan bukti dan melakukan kerja-kerja forensik balistik.

Tembak9

Tembak12

 

Kronologi kejadian

  • Ja’afar menaiki kereta jenis BMW bersama majikannya, Datuk Ong Teik Kwong.
  • Ja’afar menembak Datuk Ong Teik Kwong sebelum cuba menembak dan mencederakan seorang lagi individu yang turut menaiki kereta itu yang cuba melarikan diri

Kebetulan, jurukamera RTM bernama Amirul ketika itu dalam perjalanan ke tapak pesta di Sungai Nibong bersama seorang rakan. Mereka yang melalui kawasan insiden tembakan itu kemudian berhenti untuk memeriksa.

  • Ja’afar melepaskan satu das tembakan dan terkena pada dada kiri Amirul (gambar bawah)

Tembak1

  • Ja’afar turut melepaskan beberapa das tembakan ketika mengejar individu yang cuba melarikan diri itu
  • Tembakan rambang itu terkena pada beberapa orang awam

Disebabkan insiden itu, Datuk Ong Teik Kwong dan dua orang awam yang dikenal pasti sebagai penghibur Choi Hon Ming, 32, dan penjual bunga, Senthil Murugaiah, 38, maut di tempat kejadian. Lima individu yang dilaporkan cedera adalah:

  • Mohamad Amirul Amin Mohamed Amir, 27 tahun. Tembakan terkena di dada kiri (jurukamera RTM)
  • Dr Arivarni Kershnian, 33 tahun. Tembakan terkena di kepala
  • Lee Hong Boon, 32 tahun. Tembakan terkena di dada kiri (pekerja kilang)
  • Puah Bee Joo, 32 tahun. Tembakan terkena di bahu (pegawai bank)
  • Nurul Huda Ab Azizi, 42 tahun. Tembakan terkena di bahu (kakitangan TNB)

Tembak6

Tembak3

 

Mayat Datuk Ong Teik Kwong diarak, rupanya ‘somebody’

Perarakan pengebumian majikan Ja’afar itu yang mesra digelar ‘Datuk M’ (‘M’ bermaksud muda) dikatakan telah diadakan secara besar-besaran sehingga menyebabkan laluan utama di Pulau Pinang ditutup kepada lalu lintas selama beberapa jam.

Datuk4

Datuk1

Datuk6

Datuk M rupa-rupanya terkenal dan merupakan ketua kumpulan kongsi gelap ‘Geng 24’ dan menurut laporan, pihak berkuasa sedia maklum dan sudah lama perhatikan aktiviti haram kumpulan terbabit. Ketua Polis Daerah (OCPD) Georgetown, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata,

Kami mendapat maklumat tentang anggota kumpulan itu terlibat dalam aktiviti pengutipan wang perlindungan, tetapi tiada pihak (mangsa) tampil membuat laporan.”

Kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang secara haram. Geng 24 merupakan satu daripada 14 kumpulan rahsia yang dipantau oleh polis. Kami mempunyai senarai ahli kumpulan dan tahu pergerakan mereka.”

Datuk3

Datuk2

 

Pendakwaan dan hukuman

Selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan, Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Ja’afar yang didapati bersalah membunuh majikannya itu dan dua individu terbabit.

Keterangan tertuduh yang menyatakan dia tidak ingat apa yang dilakukan semasa kejadian, tidak boleh diterima. Ini kerana keterangan semasa peringkat pendakwaan menunjukkan tertuduh mempunyai niat untuk melakukan perkara itu. Mahkamah turut menolak alasan tertuduh tidak warasa kerana berpendapat keterangan dikemukakan mendapati serangan tertuduh adalah bersasar.

Guard2

Saksi pembelaan yang merupakan doktor mengesahkan bahawa tertuduh ada memang bergantung kepada ubat kerana ketagihannya terhadap dadah yang diambil sejak berusia 12 tahun. Dakwaan tertuduh mempunyai masalah mental juga ditolak meskipun ada menerima rawatan beberapa bulan sebelum kejadian.

Ja’afar disabit membunuh ketiga-tiga mangsa dengan menembak menggunakan sepucuk senjata api di susur masuk Jambatan Pulau Pinang (arah selatan) di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu antara jam 7.15 malam dan 7.30 malam pada 1 Disember 2016.

Tembak11

Datuk7

Bagi setiap kesalahan itu, Ja’afar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Selain itu, Mahkamah Tinggi Georgetown turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi lima pertuduhan (setiap pertuduhan 15 tahun penjara) atas cubaan membunuh dengan menembak lima mangsa (yang dilaporkan cedera itu).

Guard3

Hukuman akan berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap iaitu pada hari yang sama insiden tembakan itu berlaku, 1 Disember 2016.

Baca: Datuk Dibunuh Pengawal Peribadi Rupa-rupanya Ketua ‘Geng 24’ Terkenal Di Malaysia

Dailou Featured

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: FMT
Sumber: Epaper
Sumber: NST
Sumber: Press Reader
Sumber: theSundaily
Sumber: WOB
Sumber: Epaper
Sumber: AsiaOne
Sumber: BestofKL
Sumber: Awani