in

Datuk Dibunuh Pengawal Peribadi Rupa-rupanya Ketua ‘Geng 24’ Terkenal Di Malaysia

Dailou Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita tentang seorang pengawal peribadi menembak beberapa orang termasuk membunuh majikannya sendiri, Datuk Ong Teik Kwong di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, George Town – Tiga disahkan maut dan empat orang cedera termasuk orang awam serta jurukamera stesen televisyen RTM.


Bagaimanapun, sehari selepas kejadian sebuah video tersebar di Whatsapp menunjukkan seorang lelaki ‘dihukum’ kerana bercakap tentang perkara yang buruk mengenai Datuk tersebut di Facebook.

Torture

Meskipun tiada pengesahan tentang dakwaan itu tetapi apa yang jelas, tatu di belakang badan lelak itu serta cara beliau dibelasah menunjukkan seperti mendiang Datuk Ong ‘dimiliki’ oleh satu geng dan pelaku itu semua seolah-olah membalas dendam bagi pihaknya.

Selepas siasatan lanjut, barulah kisah sebenar terbongkar. Mendiang Datuk Ong merupakan ketua sebuah geng terkenal di Malaysia dikenali dengan nama Gang 24.

[sociallocker id=1666]

Selepas Ong dikurniakan pangkat Datuk, sebuah parti gilang-gemilang diadakan untuk meraikannya serta tulisan “Ketua Geng” dtitulis dengan besar sekali semasa parti itu.

Datuk1

Datuk2
sumber: world of buzz

Menurut My Times, sebuah portal berita Cina, Datuk Ong juga menukar nama di akaun laman sosialnya kepada “Ahli Geng Pulau Pinang”. Beliau malah menulis petikan ini di profil :

“We can die (but can not lose), because we can never afford to lose”

Petikan tersebut memberi maksud seperti ‘lebih baik mati, daripada kalah’ (lebih kurang la~).

D

Gang 24 dilaporkan terlibat dengan kes pembunuhan, peras ugut, pengedaran dadah serta pinjaman wang tidak berlesen. Terdapat juga gambar yang menunjukkan mendiang Datuk Ong dijemput merasmikan beberapa acara/majlis secara terbuka.

[/sociallocker]

Datuk4

Datuk5

Namun sememangnya tidak dapat disangkal lagi tentang apa yang rakyat Malaysia katakan tentang isu ini. Rata-rata mempersoalkan gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Ong walaupun dengan latar belakangnya yang tidaklah layak dengan gelaran tersebut. Pangkat tersebut dikurniakan kepadanya oleh Sultan Pahang pada bulan Mac yang lalu.

Datuk6

Rupa-rupanya, ternyata Gang 24 adalah nama yang sangat besar di seluruh Malaysia, memandangkan lebih daripada 20 geng lain berada dibawah mereka, dan mereka juga dikenali dengan nama “Company 24”.

1. 二四公司 aka Company 24
2. 群聯二四 #24 (Klang & P.Pinang)
3. 群義二四 #24 (Seremban)
4. 二四佬君 #24
5. 二四小佬君 #24 (Pasar Besar)
6. 二四洪军 #24 (Kepong)
7. 二四红宫#24
8. 二四群聯 #24 (JB)
9. Nazi24 #24
10. Ranggi24 #24
11. Geng Satu Hati #24
12. 九六九 969 #24 (Lembah Klang)
13. 七八九 789 #24 (Lembah Klang)
14. 二四孖九 #24 (Pandan Perdana)
15. 二四龍虎堂 #24 (Petaling Street)
16. 二四義龍虎 #24 (JB)
17. 二四小龍虎 #24
18. 二四洪龍虎 #24
19. 二四洪義興 #24
20. 二四小黑龍 #24 (Johor)
21. 二四白龍虎 #24
22. 二四二龍虎 #24
23. 二四黑龍 #24
24. 二四飛龍 #24
25. 二四伍龍 #24 (Batu Pahat)
26. 二四忠 #24
27. 二零四 204 #24

Selepas video lelaki dipukul dengan hos getah itu tersebar, mungkin lebih baik (lebih selamat lah rasanya) untuk anda semua tidak berkata sesuatu yang buruk tentang mendiang Datuk Ong…. Jangan main-main~

Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.