in

Dianggap Paling Buruk Dalam Sejarah, Ini 5 Kes Tembakan Rambang Di Sekolah Yang Pernah Gegarkan Amerika

Tembakan Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang rajin ikut perkembangan dan berita-berita dunia, mesti korang pernah terbaca atau terdengar mengenai kes tembakan rambang yang berlaku di sekolah di Amerika Syarikat. Kalau korang nak tahu, kebanyakan kes tembakan ini dilakukan oleh pelajar sekolah itu sendiri dan kebanyakan senjata yang digunakan pula telah dibeli secara sah. Gila betul!

Jadi hari ini, min nak kongsikan antara lima kes tembakan sekolah paling buruk yang pernah menggegarkan Amerika Syarikat. Kes terakhir yang min kongsikan dalam senarai ini adalah yang paling baru terjadi iaitu pada bulan Mei lalu.


Jom kita baca satu-persatu kes ini:

1. Sandy Hook Elementary Massacre (1998)

D2726D3A 0Bec 4339 Bb9B 48B0C9D3581F Cx0 Cy3 Cw0 W1200 R1 E1659250447409

Dianggap sebagai antara kejadian tembakan sekolah paling teruk dalam sejarah Amerika Syarikat, tembakan yang berlaku di sebuah sekolah rendah ini telah meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa dan mencederakan dua yang lain.

150325083957 Dnt Adam Lanza House Demolished 00001709 Super 169 E1659250591533

Berlaku pada 14 Disember 2012, suspek utama kes tembakan ini, Adam Lanza, 20, telah membunuh ibunya sendiri dengan menembak wanita itu sebanyak empat kali dengan rifle .22 calibre yang dibeli wanita itu sendiri sebelum menuju ke Sandy Hook Elementary School.

171213180354 Sandy Hook Victims Graphic E1659250519856

Dianggarkan dalam masa lima minit saja, Lanza telah melepaskan sebanyak 154 tembakan dan telah meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa termasuklah pengetua sekolah, beberapa orang guru dan pelajar yang rata-ratanya berusia antara enam dan tujuh tahun.

Lanza bagaimanapun, mengambil nyawanya sendiri dengan menembak dirinya di bahagian kepala.

2. Columbine High School Massacre (1999)

160213 Ntl Sawyer 2 1253 16X9 608 E1659250658140

Insiden berdarah yang berlaku pada 20 April 1999 ini dilakukan oleh dua pelajar, Eric Harris, 18, dan Dylan Klebold, 17. Seperti Adam Lanza, Harris dan Klebold turut membunuh diri mereka selepas melakukan serangan berkenaan.

Kejadian yang dianggarkan bermula pada pukul 11.19 pagi itu dimulakan dengan kedua-dua suspek menembak beberapa pelajar di luar Columbine High School yang terletak di Denver, Colorado. Sekitar jam 11.35 pagi, Harris dan Klebold dianggarkan telah menembak mati 12 pelajar dan seorang guru selain mencederakan lebih 20 yang lain.

Klebold Harris Guns Featured E1659250724302

Menurut sumber, Harris dan Klebold sebenarnya merancang untuk meletupkan sekolah terbabit dengan menggunakan bom propana namun selepas bom buatan sendiri itu gagal meletup, mereka memilih untuk menembak warga sekolah.

Motif sebenar kejadian ini masih tak dapat diketahui sehingga hari ini namun, kedua-dua suspek difahamkan telah merancang untuk melakukan serangan ini sekurang-kurangnya setahun lalu dan berharap akan meragut banyak nyawa.

Whdeo4Lfvfcdvm4Awvjhd3Kc24 E1659250783167

Kesemua mangsa yang meninggal dunia berusia sekitar 14 hingga 47 tahun.

3. Virginia Tech Massacre (2007)

Gettyimages 103554599 E1659250849409

Cho Seung-Hui, 23, merupakan suspek yang melakukan tembakan di kampus Virginia Tech pada 16 April 2007.  Seperti kedua-dua kes tembakan yang dinyatakan sebelum ini, Cho turut membunuh dirinya sendiri.

Motif sebenar kejadian ini masih menjadi tanda tanya namun, ada yang berpendapat, Cho berbuat demikian kerana perasaan tidak puas hati selain selalu merasakan dirinya ditindas. Dalam satu pakej yang dijadualkan dihantar dua hari selepas tembakan itu berlaku, Cho yang juga mempunyai sejarah penyakit mental ada menulis panjang lebar mengenai anak orang kaya yang disifatkan tak tahu bersyukur.

Bfabb5B0 A281 4119 A64B B0D1D4D7B200 Large16X9 Vtvictim E1659251006787

Kejadian tembakan ini bermula sekitar jam 7.15 pagi apabila Cho menembak seorang pelajar perempuan tahun salu dan seorang pembantu kolej sebelum bergerak ke bangunan yang menempatkan kelas-kelas.

Sekitar jam 9.40 pagi dengan bersenjatakan pistol 9 milimeter dan pistol 22 caliber, Cho telah menembak mati seramai 27 pelajar dan lima pekerja fakulti.

4. Marjory Stoneman Douglas High School Shooting (2018)

Ap22196708430122 E1659251060521

Pada 14 Februari 2018, seorang bekas pelajar, Nikolas Cruz, 19, telah melepaskan beberapa tembakan yang meragut sekurang-kurangnya 17 orang dan mencederakan 17 yang lain.

Difahamkan, Cruz telah dibuang sekolah pada tahun sebelumnya atas sebab masalah disiplin dan merupakan ancaman kepada pelajar lain. Cruz bagaimanapun, berjaya memasuki bangunan pelajar tahun pertama dan hanya dalam masa bawah dua minit, Cruz telah membunuh 11 orang pejalar dan mencederakan 13 yang lain. Di tingkat ketiga bangunan berkenaan, Cruz kemudianya meragut nyawa enam lagi mangsa dan mencederakan empat yang lain.

Florida Shooting Victims E1659251127711

Media tempatan melaporkan, selepas menembak secara rambang di koridor, Cruz pergi ke ruangan rehat fakulti dimana dia telah memasang bipod (seperti tripod tapi untuk meletakkan senjata api) dan mula menembak satu persatu pelajar yang berlari di hadapan bilik itu. Walau bagaimanapun, cermin kalis taufan berjaya mengurangkan kadar kematian.

Cruz melarikan diri ke sebuah Walmart sebelum ke restoran Subway untuk menghilangkan dahaga sebelum dia diberkas polis. Cruz disabitkan atas 17 kesalahan membunuh dan 17 kesalahan cubaan membunuh dimana dia telah mengakui kesalahannya pada kesemua pertuduhan.

5. Robb Elementary School Massacre (2022)

16559242188866 E1659251176475

Sekitar hampir tiga bulan lalu, sebuah bandar kecil di San Antonio dikejutkan dengan serangan tembakan rambang di sebuah sekolah rendah Robb Elementary School, Uvalde, Texas. Pelakunya, Salvador Ramos, 18, merupakan pelajar sekolah tinggi di kawasan itu yang telah membeli secara sah dua senjata jenis AR15 dan beberapa peluru sebaik sahaja hari jadi ke-18nya berlaku.

Texas Shooting Victims Composite E1659251271449

Pada awal pagi 24 Mei lalu, Ramos telah menembak neneknya di muka sebelum menuju ke Robb Elementary School dimana serangan yang dilakukan telah meragut nyawa 19 orang pelajar dan dua guru serta mencederakan ramai yang lain.

Ramos bagaimanapun, telah ditembak mati oleh polis selepas mereka berjaya memasuki sekolah terbabit.

Kes ini telah mencetuskan kontroversi kerana ada dakwaan yang mengatakan pihak berkuasa lambat bertindak sehingga mengakibatkan banyak nyawa terkorban.

Sumber: History, New York Times, Britannica, Statista

Baca: Kes Tembak Menembak di Hadapan Sekolah, Pemandu BMW Parah Kena 4 Das Tembakan Pada Dada, Tangan dan Kaki

Tembak E1659243832380

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.