in

Baru 19 Minggu Tahun 2022, Amerika Syarikat ‘Saksikan’ 198 Kes Tembakan Besar-besaran

Untitled Design 2022 05 16T105500.869

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan. 

Keganasan senajata api (gun violence) merupakan satu krisis yang merisaukan kepada rakyat Amerika Syarikat (AS), tahun ini sahaja dilaporkan sebanyak 198 kes tembakan dicatatkan di negara itu.

Terbaru, 10 orang terkorban dan tiga lagi cedera dalam sebuah tembakan besar-besaran dalam sebuah pasar raya di Buffalo, New York. Difahamkan, pembunuhan tersebut bermotikan perkauman malah kes itu juga dikatakan antara yang paling dahsyat setakat ini.

24Gatndzhnlm5Ox3Ihbv5Iy43A

Apa yang mengejutkan ialah penembak tersebut baru berusia 18 tahun, dia dilengkapi senjata dan memakai helmet serta peralatan taktikal, malah dipercayai dia juga menyiarkan serangan berkenaan secara ‘live’ dalam platform Twitch.

Dalam laporan NPR, kejadian tersebut dikatakan sebagai kes ke-198 pada tahun ini dan secara purata, kira-kira 10 serangan berkaitan senjata api berlaku dalam masa seminggu.

Sebelum ini, dilaporkan kejadian tembakan besar-besaran paling dahsyat bagi tahun 2022 adalah di pameran kereta di Dumas, Ark pada 19 Mac lepas yang membabitkan kematian seorang mangsa serta mencederakan 27 orang lain.

Untuk rekod, tahun 2021 ditamatkan dengan 693 tembakan besar-besaran, 611 kes pada 2019 dan terdapat 417 kes pada 2018 menurut Arkib Keganasan Senjata.

Semoga ini tidak berlaku di Malaysia 🙁 

Baca: Detik Cemas Insiden Tembakan Dalam ‘Subway’ Di Brooklyn, 17 Orang Cedera Setakat Ini

Untitled Design 2022 05 16T104752.603