in

#PrayForBeirut [Video] 2750 Tan Ammonia Punca Gudang Meletup? Sekurang-kurangnya 4,000 Cedera dan 78 Terbunuh

Gambar Hiasan 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedih dan menakutkan apabila melihat  rakaman letupan besar yang berlaku di Beirut, Lubnan pada pukul 6.07 petang waktu tempatan semalam.


Letupan yang berlaku berdekatan dengan perlabuhan ibu kota Lubnan itu pada awalnya disyaki berpunca daripada gudang mercun yang berhampiran disitu.

Namun menurut CNN, perkara itu disangkal oleh Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab yang memberi kenyataan bahawa letupan itu berpunca daripada baja kimia kira-kira 2750 tan ammonium nitrat.

Ketua keselamatan Am Lubnan turut menambah bahawa bahan itu adalah mudah meletup itu telah dirampas dan telah disimpan di gudang selama enam tahun.

https://www.facebook.com/kesatuanmelayuraya/posts/716855285557018

1 3 1

Majlis Pertahanan Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana dan turut merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan dalam menangani malapetaka itu.

Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah tentang kejadian mengerikan itu dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berpeluang menzahirkan rasa simpati dan menawarkan bantuan untuk Lubnan lapor CNN.

Hubungan kami sangat baik dengan rakyat Lebanon dan kami akan berada di sana untuk membantu.” 

Keadaan hospital di ibu kota itu yang sedang bergelut untuk merawat pesakit COVID-19 bertambah sesak dengan individu tercedera akibat letupan.

Tragedi itu turut memberi kesan kepada ekonomi negara itu yang sudah terjejas sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat.

Baca: Diberi amaran sejak 2014, langgar peraturan berkaitan pengurusan keselamatan Beirut Isytihar Darurat 2 Minggu

2 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.