Kes Keracunan Makanan Di Gombak Disahkan Berpunca Daripada Bakteria Salmonella

Tambah ke Sumber Pilihan
Bakteria Salmonella

Sumber: Gambar Hiasan

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita dua orang individu iaitu seorang remaja 17 tahun dan kanak-kanak 2 tahun yang meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas mereka makan bihun goreng dan telur mata yang didapati dari sebuah sekolah di Gombak.

4 3Sumber: Hello Doktor
Gambar Sekadar Hiasan

Dalam kejadian tersebut juga, seramai 11 orang lagi individu masih menerima rawatan akibat keracunan makanan itu.


Memetik laporan Berita Harian, setelah ujian telah dibuat, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa kes keracunan makanan itu berpunca daripada bakteria Salmonella.

3 3Sumber: FDA
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: “Terkejut anak sudah meninggal dunia” –  Remaja 17 Tahun Maut Dipercayai Kerana Makan Telur Mata

Artikel Berkaitan: “Dia minta tambah…” – Bapa Sahkan Bihun Yang Dimakan Anaknya Tiada Bau Aneh

Difahamkan, lazimnya simptom keracunan akibat Salmonella akan berlaku dalam masa enam hingga lapan jam.

Namun, dalam kes dua orang mangsa yang meninggal itu hanya dua jam sahaja mereka menunjukkan simptom, jadi ia mungkin bermaksud bahawa keracunan akibat bakteria Salmonella itu berlaku dengan tahap ketoksikan yang tinggi.

Setakat ini, 11 mangsa keracunan makanan itu yang masih menerima rawatan berada dalam keadaan stabil.

Sumber: Buletin TV3, Berita Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kes Keracunan Makanan Di Gombak Disahkan Berpunca Daripada Bakteria Salmonella
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kes-keracunan-makanan-di-gombak-disahkan-berpunca-daripada-bakteria-salmonella/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM