in

Kes COVID 19 Makin Meningkat, Beberapa Negara Eropah Pertimbang ‘Lockdown’ Semula!

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain pun kes Covid-19 kini menunjukkan peningkatan semula.


Malah, beberapa negara di Eropah dilaporkan kini dalam pertimbangan untuk melaksanakan lockdown semula disebabkan lonjatan kes positif.

Menurut The Washington, kes positif di sana telah pun meningkat naik hingga mencecah dua juta pada minggu lepas dan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan, kes kematian juga turut mencatatkan jumlah tinggi sebanyak 27,000 kes.

Sesetengah negara Eropah kini memperkenalkan semula sekatan untuk mengekang penularan dan mengurangkan tekanan daripada sistem kesihatan mereka.

“Tiada negara sepatutnya berada dalam kedudukan ini, hampir dua tahun sudah memasuki pandemik COVID-19.”

Topshot Russia Health Virus 2 1634779415069 1634779431572

Ekoran ini, beberapa negara telah mula mengambil langkah untuk mengurangkan kembali kes Covid seperti Itali yang mula mengeluarkan mandat meminta rakyat mereka untuk mengambil vaksin dan Holland mula menutup restoran, bar dan kedai bukan keperluan seawal jam 7 malam.

Walaupun Eropah adalah antara wilayah yang terawal memberi vaksin kepada penduduk mereka, tindakan orang ramai yang tidak mengambil langkah berjaga-jaga menjadi punca kenaikan kes.

Ini adalah peringatan yang dah diberitahu berulang-ulang kali. Vaksin tidak menggantikan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.

Vaksin mengurangkan risiko untuk masuk ke hospital, penyakit yang teruk dan kematian tapi ia tak memberi perlindungan penuh dari dijangkiti koronavirus.”

Aduh, harapnya dengan kelonggaran yang diberi oleh kerajaan kita sekarang ni kita masih tetap kena beringat jugalah ya?

 

Baca: “Ini Malaysia, bukan America” – Lelaki ‘Buat Hal’ Tampal Notis Di Kondo, Kata Tak Perlu Pakai Mask

Page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.