in

“Kes Aktif Meningkat Kerana Pembukaan Semula Rentas Negeri” – Dr Noor Hisham

3 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan memberitahu umum bahawa peningkatan kes aktif Covid-19 baru-baru ini dikaitkan dengan kebenaran merentas negeri yang dilaksanakan 11 Oktober lepas.


Melalui kenyataannya semalam, beliau menegaskan purata kes aktif sepanjang minggu lepas (bermula 14 hingga 20 November) meningkat sebanyak enam peratus berbanding minggu sebelumnya.

Untuk makluman, 15 November merupakan tanda aras kepada 5 minggu sejak kebenaran rentas negeri dibuka.

1 15

Namun, beliau turut menyatakan petunjuk utama jangkitan Covid-19 dilihat semakin berkurang hasil keberkesanan vaksinasi.

Bagaimanapun, keberkesanan vaksin Covid-19 dalam mengurangkan kematian terus dapat dilihat dengan secara keseluruhannya terdapat penurunan kes kematian, kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes memerlukan alat bantuan pernafasan.”

Dr Noor Hisyam juga berkata minggu lepas menyaksikan peningkatan kecil dalam kluster komuniti, yang sepatutnya sudah berkurangan sejak minggu epidemiologi ke-30 (bermula 25 hingga 31 Julai), di mana lima kluster komuniti dikesan berbanding tiga kluster sahaja pada minggu sebelumnya

Peningkatan kluster komuniti ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan memandangkan individu dari pelbagai peringkat umur tinggal dalam rumah yang sama.”

Beliau menambah kanak-kanak bawah 12 tahun merupakan golongan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 dan mempunyai kebarangkalian tinggi untuk dijangkiti penyakit tersebut.

Untuk masa ini, jumlah katil bukan ICU yang digunakan oleh pesakit Covid-19 di hospital dan pusat kuarantin di seluruh negara meningkat  dua peratus, manakala penggunaan katil ICU pula meningkat sebanyak tiga peratus.

Sumber: Malay Mail

Baca: “Kalau boleh kita nak elak sekatan pergerakan” – Kes Makin Naik, KJ Akan Perkenal Sistem Amaran Risiko Tinggi

1 7 2

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.