in

Kereta Wanita Dicalarkan Jurujual Biadap Kerana Menolak Untuk Beli Surah Yasin di Pulau Pinang

Page 5 E1643428718644

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Asal tak puas hati saja, dajalkan harta orang! Itulah sikap segelintir manusia yang dengan sengajanya memusnahkan harta orang sewenang-wenangnya.


Satu perkongsian di Facebook telah menggambarkan bagaimana kejadian tidak bermoral ini berlaku kepada seorang wanita di tempat letak kereta sebuah pasaraya di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Wanita tersebut baru sahaja meletakkan kenderaannya di zon khas wanita. Sejurus wanita itu mahu keluar dari keretanya, seorang lelaki yang dipercayai warga asing menunggu betul-betul di depan pintu keretanya sambil menghulurkan Surah Yasin dengan nada yang memaksa.

20770250 1984431868460955 4456858801851242058 N
Sumber: facebook

“Saya terus tak jadi keluar sebab saya bawa bayi dan dua anak kecil bersama saya. Risau takut-takut kes pukau.”

Lelaki tersebut memarahinya sambil meludah sebelum beredar dari keretanya.

“Selepas melihat lelaki tersebut beredar, saya terus mempunyai keberanian untuk keluar dari kereta dan memasuki pasaraya.”

Tak sampai satu jam, wanita itu kembali semula ke kereta dan terkejut melihat kesan torehan di kedua-dua belah pintu keretanya yang baru sahaja dibeli empat bulan lalu.

20799328 1984432048460937 2645734302125640539 N
Sumber: facebook

“Sewaktu hendak keluar tempat letak kenderaan tersebut, saya melihat dia melayan dua orang lelaki. Saya pun terus tangkap gambarnya dan apabila dia sedar dia cepat-cepat meninggalkan kawasan itu.” Kalau tak salah kenapa nak lari?

Sampai macam itu sekali manusia sekarang. Jadi kepada wanita di luar sana hati-hati kalau berdepan situasi sebegini. Ini baru toreh kereta. Belum toreh benda lain.

Baca: Pemandu Teksi Biadap Ganggu Lelaki Ambil Penumpang di Lapangan Terbang Pulau Pinang

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.