in

“Kerana mulut badan binasa” – Diva AA Didenda RM17 Ribu Akibat Muat Naik Video Kutuk Hospital Putrajaya

Feature 3 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA Tersohor sememangnya dikenali dengan kontroversi-kontroversi panas. Walaupun kadang kala terhibur dengan gelagatnya, kadang-kadang takut juga kalau dimaki oleh Diva AA ni. Admin takut dengan dia ni. 


Namun, kali ini admin nak kongsikan tentang kes Azwan Ali yang telah didenda oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akibat memuat naik video kecaman dan kutukan terhadap petugas kesihatan di Hospital Putrajaya, lapor Berita Harian.

Diva Aa 3

Dia telah didenda sebanyak RM17,000 selepas mengaku bersalah memuat naik video yang boleh menyakitkan hati pihak lain. Nasib baik mengaku, kalau tak, tak tau la apa jadi. 

Difahamkan, jika Diva AA gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan. Hmmm, tak pasal-pasal tidur dalam penjara setengah tahun. 

Diva Aa 4

Azwan Ali yang berusia 54 tahun katanya telah memuat naik video terbabit di Youtube miliknya pada 24 Mac lalu.

Rata-rata netizen berharap agar perkara ini akan dijadikan pengajaran oleh semua pihak.

Diva Aa 5

Namun, dia juga telah memohon maaf atas kesalahannya itu dengan memuat naik video lain di Youtube. Korang tengok lah video ni.

https://www.youtube.com/watch?v=kxw8pAuJwyE

Takpelah, yang penting yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. 

Baca: “See My Level”- Azwan Ali ‘Serang’ Sepahtu Reunion Live Sampai Buat Jep Pucat Lesi

Diva Aa

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.