in

“See My Level” – Azwan Ali ‘Serang’ Sepahtu Reunion Live Sampai Buat Jep Pucat Lesi

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda ialah penggemar Sepahtu Reunion Live, pasti anda tahu dengan konsep rancangan hiburan ini. Pada setiap minggu, Sepahtu akan membawakan tema yang berlainan dan apa yang membuatkan rancangan ini menarik adalah mereka akan mempunyai artis kejutan sebagai cameo di dalam persembahan. Lebih menarik, ahli-ahli Sepahtu sendiri tidak tahu siapakah artis cameo mereka pada setiap minggu.


Terbaru, Sepahtu dikejutkan dengan pihak produksi apabila mereka menjemput Azwan Ali sebagai artis cameo. Untuk minggu ini, Sepahtu membawakan tema ‘Suri Hati Encik Duda’ di mana Jep  membawa watak Yeop yang menyatakan hasrat mahu berkahwin lagi setelah lama menduda.

Aa 1

Semasa majlis kahwin sedang dijalankan, tiba-tiba Azwan Ali ‘serang’ mereka membuatkan semua penonton bersorak kegembiraan.

Jep Terkedu Selepas Nampak Azwan Ali

Apa yang lebih melucukan adalah reaksi wajah Jep dan Rahim yang terkedu dengan artis cameo mereka pada minggu ini. Mana tidaknya, pada episod sebelum ini Jep ada mengajuk cara percakapan Azwan Ali apabila Cik B menjadi artis cameo mereka!

Malah, Jep dan Azwan Ali juga mempunyai isu apabila Azwan Ali menegur Jep yang tidak hadir ke majlis perkahwinan Mamat beberapa minggu lepas. Namun begitu, mereka berdua kelihatan profesional di atas pentas dan berjaya membuatkan seleluruh penonton gembira.

“Kamu ni kalau tak keluar aku panggil Cik B karang”

Kebiasaannya, artis cameo hanya akan membuat sketsa beberapa minit sahaja. Namun, selepas melihatkan Azwan Ali yang terlalu lama di atas pentas dan hampir ‘out of character’, Jep berseloroh mahu memanggil Cik B jika Azwan Ali tidak keluar daripada pentas.

Macam-macam hal!

 

BACA: “Chef Mati Ke?” –  Azwan Ali Sekali Lagi Mengamuk, Kali Ini Secret Recipe Jadi Mangsa

Aaa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.