in

“Chef Mati Ke?” – Azwan Ali Sekali Lagi Mengamuk, Kali Ini Secret Recipe Jadi Mangsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Azwan Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA. Meskipun beliau sering mencuit hati dengan gelagat yang bersahaja dan jenaka yang berseloroh, Azwan Ali boleh dikatakan sentiasa mempunyai kontroversi panas apabila dikatakan sering ‘buat hal’ dengan artis tempatan.


Sebelum ini, beliau dikecam teruk oleh netizen selepas bergaduh dengan penyanyi kegemaran ramai, Naim Daniel yang ketika itu baru sahaja memenangi Anugerah Juara Lagu yang ke-34 (AJL34). Azwan Ali didakwa seolah-olah sengaja mencari isu dengan Naim Daniel meskipun tiada apa yang berlaku ketika itu untuk dibincangkan.

Tidak lama selepas kejadian itu, Azwan Ali kembali lagi kali ini dengan video yang penuh makian dan carutan. Dalam video terbaru yang dimuat naik oleh beliau di laman Twitter peribadi, Azwan Ali meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada khidmat pelanggan Secret Recipe yang mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan makanan yang dipesan.

 

“I order dah setengah jam. Nobody datang cakap chef mati ke, bahan takde nak masak ke. So, you expect me to wait? Forget it, i’m going to viral it”

 

Berdasarkan video tersebut, Azwan Ali kecewa kerana makanan yang dipesannya masih tidak dihidangkan meskipun selepas setengah jam membuat pesanan. Tambah beliau lagi, sepatutnya pihak restoran memberitahu dan memaklumkan kepada beliau tentang apa yang terjadi, bukannya membuatkan pelanggan tertunggu-tunggu.

Di akhir video tersebut, Azwan Ali mengeluarkan kata-kata kesat dan mengugut mahu memviralkan isu ini untuk ditonton oleh netizen.

 

BACA: “Kalau aku dah lama belasah si AA ni Netizen ‘Respect’ Cik B Tak Melenting Bila Cakap Pasal Azwan Ali

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.