in

“Kerajaan tak campur tangan” – Menteri Jelaskan Kenapa Mahkamah Kenakan Denda Ingkat PKP Ada RM 800, Ada RM 1,000

Denda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan bahawa bukan kuasa kerajaan  dalam memetukan  hukuman atau denda kepada mana-mana individu yang disabitkan bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Sebaliknya, keputusan itu bergantung kepada budi bicara badan kehakiman dan berdasarkan fakta-fakta kes. Bagaimanapun beliau tegaskan denda itu tidak akan melebihi lebih daripada RM 1,000.

 

Ada hukuman RM1,000 atau enam bulan penjara. Dalam undang-undang menyebut denda tidak melebih RM1,000.”

Lapor mStar, kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan dibuat mahkamah berhubung pekara itu.

Ia  susulan dengan rekasi netizen apabila mengetahui terdapat perbezaan bayaran denda terhadap pesalah yang ingkar PKP di mana terdapat pesalah yang dikenakan hukuman denda RM400, RM500, RM800 dan RM1,000.

Menurut Astro Awani, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 ini turut memperuntukkan sesiapa yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang tersebut akan didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Baca : “Untung jadi anak VVIP” – Kes Langgar PKP, Nurul Zahid Dan Suami Didenda RM800 Tapi Ramai Tak Puas Hati

Nurulzahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.