in

Kerajaan Setuju Beri Semua Petugas Barisan Hadapan Bantuan Khas Kewangan RM300

Lulus Belanjawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penantian rakyat akhirnya terjawab hari ini apabila Dewan Rakyat sebentar tadi telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021.



Menurut Berita Harian, RUU ini diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian berbelah bagi. 

Keputusan itu kemudian diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azhar Azizan Harun pada jam 3.38 petang.

Zafrul 1
Tengku datuk seri zafrul menyampaikan penggulungan perbahasan

Susulan itu, petugas barisan hadapan juga menerima berita baik hari ini apabila kerajaan juga telah bersetuju memperluas pemberian bantuan one-off berjumlah RM300 kepada semua petugas barisan hadapan. 

Sebelum ini, kerajaan hanya mengumumkan bantuan khas one-off tersebut sebanyak RM500 hanya kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja, namun kini ia juga diperluas kepada frontliners seperti polis dan tentera.

Frontliners

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak dan mendengar cadangan ramai Ahli Parlimen yang barbahas.

“Masa pembentangan Belanjawan 2021, saya mengumumkan bantuan ini hanya diberikan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sepanjang perbahasan, saya mendengar cadangan dan pandangan daripada Ahli Parlimen yang berbahas. Sukacita saya umumkan kerajaan bersetuju memanjangkan bantuan ‘one-off’ kepada semua petugas barisan hadapan lain,” katanya.

Syukurlah… semoga bantuan ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. 

Baca: Skim I-Sinar : Pengeluaran Minimum Dinaikkan Kepada RM10,000, SEMUA Ahli Terjejas Boleh Memohon

Ft Sinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.