in

“Kerajaan PH macam tempe, pagi kacang, esok naik kulat”

Zahid Hamidi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak-sejak Barisan Nasional (BN) kalah dalam PRU14 lepas, banyak suara pemimpin BN yang kita dengar luahkan rasa tak puas hati mereka tentang kerajaan Pakatan Harapan (PH). Antara yang paling kuat membidas ialah Zahid Hamidi dalam posting di Facebook semalam (27 Mei).


Dipetik daripada portal UMNO Online, Zahid Hamidi dalam sebuah video mendakwa kerajaan PH tak konsisten dalam beri fakta yang kononnya sikap ni boleh disamakan macam tempe. Aik tak memasal pulak tempe yang kena?

33691411 1130259817112594 4789408462306017280 N
sumber: facebook

Beliau yang kini menjalankan tugas-tugas presiden UMNO jugak menambah, sampai sekarang tak ada satu pun janji-janji yang dibuat PH dapat dilaksanakan walaupun parti tu dah banyak berjanji sejak sebelum PRU14 lagi.

“Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.

“Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga.

“Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4,000 ke bawah tidak perlu bayar maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan.

“Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya ‘domestic debt’ iaitu pinjaman dalam negara, ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara,” katanya dalam satu majlis berbuka puasa.

Z 2
sumber: umno online

Semua situasi yang dinyatakan di atas tu membuatkan Zahid terus menyamakan PH dengan tempe yang pagi jadi kacang tapi esok dah naik kulat.

Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat.”

Dalam majlis berbuka puasa bersama pemimpin UMNO tu juga, Zahid berharap semua ahli parlimen BN bersatu dalam menjadi pasukan pembangkang yang baik di Dewan Rakyat untuk membidas fitnah dan tohmahan yang tak betul dari kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan.

Fuh tajam jugak mulut Zahid Hamidi ni. Takut admin dengar! 

Tonton video di bawah:

Baca: Zahid Nak Polis Kembalikan Wang UMNO 

Zahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.