Kalau orang terpijak barang mahal yang kita beli, mesti kita marah. Tapi, takdelah sampai nak bunuh orang tu kan?
Tapi lain pula yang jadi di Cambodia, menurut Mirror, seorang lelaki didakwa tetak bapa sendiri guna kapak hingga mati selepas bapanya ini terpijak iPhone miliknya.
Leng Huon, 23 tahun dikatakan menyerang bapanya Leng Sao, 50 tahun selepas berparti arak di rumah keluarga bersama rakan-rakannya.
Segalanya bermula apabila bapa lelaki ini tak dapat tidur ekoran dari muzik yang dipasang anaknya untuk berparti di luar rumah terlalu kuat.
Semasa dia hendak keluar rumah, bapa ini terpijak iPhone milik anaknya yang terjatuh di atas lantai.
Kerana bengang dengan tindakan itu, Huon telah menjerit memarahi bapanya hingga menyebabkan Sao menendang belakang anaknya.
Namun pertengkaran mereka tak terhenti setakat itu, Huon telah mengambil kapak dan menetak kepala, tengkuk dan dada Sao hingga bapanya mati. Padahal bapak dia tak sengaja kot.
Selepas kejadian itu, Huon sempat melarikan diri dengan senjata tersebut sebelum ditangkap oleh pihak polis.
Pihak berkuasa mengesahkan Huon akan didakwa atas kematian bapanya dan jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 15 tahun.
Ish, terpijak je pun. Tak adanya iPhone tu rosak kalau kena pijak.
Baca: Demi Nak Curang, Suami Sanggup Cekik Isteri Hamil Sampai Mati dan Bunuh Dua Anak Perempuan