“Kenapa tuduh saya?” – Dikecam Letak Ular Atas Sangkar Kucing, Aaron Aziz Beri Penjelasan

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kenapa tuduh saya?” – Dikecam Letak Ular Atas Sangkar Kucing, Aaron Aziz Beri Penjelasan

Baru-baru ini, nama pelakon tersohor Aaron Aziz sekali lagi terpalit kerana dakwaan tindakannya meletakkan seekor ular sawa diatas sangkar yang mempunyai beberapa ekor kucing di dalamnya.

Ia sekaligus membuatkan Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) terpanggil untuk membuat teguran kerana mereka sifatkan ia satu tindakan yang tidak sensitif terhadap haiwan.

Menurut mereka, perbuatan itu akan mengakibatkan kucing mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam melihat dan bau musuh berdekatan kerana ia adalah entiti mangsa dan pemangsa, lapor Sinar Harian.

“Tak ada siapa-siapa yang ada masa kat shooting tu backup saya ke?” – Aaron Aziz

Disebabkan kecaman dan teguran itu, tuan empunya badan tampil memberikan respon dengan menceritakan perihal sebenar yang berlaku.

Katanya, pemilik ular tersebut yang diarahkan untuk meletakkan haiwan reptilia tersebut di atas sangkar itu dan Aaron Aziz menegaskan bahawa dia hanya berdiri dan berdialog sahaja untuk sebuah penggambaran drama.

Img 7894

Malah, tegasnya lagi pemilik kucing tersebut pun tidak berkata apa-apa mengenai hal ini.

“Kenapa tuduh saya yang letak ular kat situ eh? Pemilik ular tu yang diarahkan untuk letak bukan saya. Saya hanya berdiri kat situ dan berdialog. Pemilik kucing itu pun tak cakap apa-apa. Jadi kenapa saya yang dicaci dan dimaki.”

Pelakon utama filem Ombak Rindu itu juga turut mempersoalkan pihak yang berada di set penggambaran tersebut yang tidak tampil membela dirinya.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati bahawa video live tersebut telahpun dipadamkan. Apapun, harap isu ini dah selesai dan diharap pihak-pihak tertentu dapat ambil perkara ini sebagai panduan masa pada akan datang.

Baca : Letak Ular Dekat Dengan Kucing, Persatuan Haiwan Malaysia Minta Aaron Aziz Lebih Sensitif

Aaron Aziz Ular Kucing

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kenapa tuduh saya?” – Dikecam Letak Ular Atas Sangkar Kucing, Aaron Aziz Beri Penjelasan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kenapa-tuduh-saya-dikecam-letak-ular-atas-sangkar-kucing-aaron-aziz-beri-penjelasan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM