in

“Kenapa tak cakap baik-baik” – Wanita 61 Tahun ‘Ditibai’ Dengan Helmet Oleh Individu Tak Dikenali Hanya Sebab Parkir Motor

Hanya disebabkan parkir motor, seorang wanita berumur 61 tahun dikasari oleh lelaki yang tidak dikenali sehinggakan pipi kiri Fauziah Ajid bengkak dan mulut pecah.

 

Kalau dia mahu parkir itu sekalipun kenapa perlu sampai tolak motosikal dan hayun topi keledar pada saya? Kenapa tak cakap baik-baik… sanggup dia pukul orang tua.”

Dalam kejadian 3.30 petang semalam, Fauziah yang bersama rakannya sampai kedai untuk membeli barang memberhentikan motosikalnya sekejap kerana nak beri laluan kepada kereta yang mahu undur, dalam masa yang sama lelaki berkenaan turut berhenti di belakangnya.

“Tiba-tiba lelaki itu menolak motosikal saya dan saya terus tanya kenapa dia buat begitu serta meminta dia bercakap baik-baik jika ada apa-apa.”

Bagaimanapun lelaki itu hanya mendiamkan diri tetapi selepas turun dia menuju kearah Fauziah dan terus hayun topi keledar.

“Tetapi dia hanya mendiamkan diri sebelum turun daripada motosikalnya dan terus menghayun topi keledar di bahagian muka kiri saya,”

Menerusi Harian Metro, Fauziah yang menghidap penyakit jantung selain darah tinggi, kencing manis dan masalah hati mengakui tindakan mengejut lelaki terbabit membuatkan jantungnya berdegup laju.

“Memang rasa geram sangat sebab dia buat begitu tanpa sebab. Ketika itu, saya rasa pening, menggigil badan dan seperti mahu tumbang tetapi saya gagahkan diri untuk mencarinya yang sudah masuk ke dalam kedai,” katanya.

Sebaik sahaja menemui lelaki itu, dia tanya sekali lagi tapi dia hanya diam dan memberi ugutan.

“Tetapi apabila di luar kedai, dia mengugut saya dengan berkata ‘tunggu, aku akan cari engkau’.

“Saya terkilan kerana dia tak hormat orang tua sedangkan saya sudah boleh dianggap seperti ibunya kerana dia nampak masih muda dan yakin umurnya juga jauh beza dengan saya,”

Selepas kejadian tersebut, Fauziah membuat laporan di  Balai Polis Sitiawan, Perak. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang mengesan suspek terbabit.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan perintah penyiasatan (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini punca kejadian disebabkan oleh (perebutan) tempat letak kenderaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Baca : Budak-Budak Bawa Geng Belasah Seorang Bapa, Sebab Cuba Mempertahankan Anaknya Yang Dibuli

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro