in

Budak-Budak Bawa Geng Belasah Seorang Bapa, Sebab Cuba Mempertahankan Anaknya Yang Dibuli

Buli2

Ketika cuba mempertahankan anaknya dibuli, lain pula yang terjadi kepada seorang bapa ini. Lelaki 42 tahun itu cedera dipukul hanya kerana memarahi remaja yang sering mengganggu anaknya.

Lapor Harian Metro, anak mangsa yang berusia 15 tahun ini ada mengadu kepada ibunya yang dia diganggu. Oleh sebab itu, si bapa ini turun dari rumahnya untuk menyelesaikan masalah itu.

 

Bapa dipukul pembuli anak

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa didatangi kira-kira 30 lelaki dan berlaku pertengkaran di sebuah projek perumahan rakyat (PPR), Kuala Lumpur kelmarin

“Suspek kemudian menumbuk muka, memukul mangsa menggunakan besi pengunci stereng dan mengacukan pisau.”

Video 1️⃣Kes pergaduhan di PPR Intan Baiduri ahad lepas

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, January 25, 2021

“Ketua blok yang dimaklumkan kejadian ke lokasi dan kesemua suspek beredar. Mangsa cedera di rusuk kiri, luka di kepala dan belakang badan akibat terkena pisau.” 

Polis yang menerima laporan menjalankan siasatan dan mendapati mangsa ke lokasi kejadian untuk mencari anaknya yang ditahan enam lelaki sebelum berlaku pergaduhan itu.

Video 2️⃣Kes pergaduhan di PPR Intan Baiduri ahad lepas

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, January 25, 2021

“Punca kejadian dipercayai disebabkan mangsa menahan seorang remaja berusia 15 tahun dan memarahinya kerana sering mengganggu anaknya,” 

Polis bagaimanapun telah menahan dua lelaki berusia 14 dan 27 tahun bagi membantu siasatan. Seorang suspek telah direman selama 4 hari manakala suspek remaja dibebaskan dengan jamin. Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Rakaman video kejadian telah dikongsikan menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS ini mendapat perhatian netizen yang mengutuk sekeras-kerasnya sikap generasi masa kini.

Buli3 Buli4 Buli5 Buli6

 

Baca : “Harap dihukum sebat banyak kali” – Kes Buli Warga Emas, 4 Remaja Berusia 15 Hingga 18 Tahun Serah Diri di Balai Polis

Buli