in

“Kenapa suka cari salah saya” – Aliff Syukri Sedih Netizen Label Dia Punca Puteri Balqis & Ibu Kena Kecam?

Featured Kepris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah mengenai pelakon cilik Puteri Balqis dan ibunya masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.


Malah, pelakon itu juga didapati telah menutup akaun Instagram miliknya kerana di katakan tidak sanggup menerima kecaman daripada netizen.

Bukan itu sahaja, ada individu lain yang turut di persalahkan kerana di percayai menjadi punca kepada Puteri Balqis dan ibunya menerima kecaman hebat daripada netizen.

Netizen telah menuding jari kepada Dato Sri Aliff Syukri yang dikatakan menjadi punca kenapa pelakon cilik itu menutup akaun Instagramnya.

Ada juga rakan artis yang turut mempunyai pendapat lebih kurang sama di mana dia berkata, jika hendak bersedekah tidak perlulah bertanya berbagai soalan mengenai duit yang telah disedekahkannya itu.

Bagi menjernihkan semua keadaan, Aliff telah memuat naik sebuah video di laman Youtube miliknya untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

Tangisan untuk Puteri Balqis!

Dalam video berdurasi 10 minit lebih itu menunjukkan Aliff yang kelihatan seperti sedang menangis setelah membaca segala komen-komen netizen yang menyalahkannya berikutan perkara ini.

“Masa before shoot tu, dia setuju untuk dirakam dan niat saya hanya untuk buat update dengan situasi dia sahaja. Tapi netizen pula tafsir benda lain katanya.

Aliff turut berkata bahawa dia tidak ada niat pun untuk memalukan atau mempersoalkan ke mana duit sumbangannya akan pergi selepas ia diberi.

“Saya memang berniat nak bersedekah. Dia nak pakai duit tu untuk buat apa-apa sekali pun, itu antara dia dan tuhan.” Katanya.

Bukan itu sahaja, dalam video itu juga Aliff ada memberitahu bahawa sehingga kini Balqis sudah tidak mahu mengangkat panggilan daripadanya. Agak-agak kenapa?

“Orang salahkan saya punca segala-gala! Video saya buat live haritu punca Puteri Balqis sampai dah tak nak angkat telefon saya. Saya segan tau dengan dia bila jadi macam ni.” Aliff Syukri

Aliff turut mohon kepada netizen untuk berhenti daripada mengecam pelakon cilik itu dan mendoakan untuk kebaikkan mereka sekeluarga.

Haish, korang pun jangan jadi batu api ye. Semoga semua ni berakhir dengan baik-baik sahaja.

 

Baca: “Takda pun cakap nak berubat?” – Netizen Persoal Bila Puteri Balqis Nak Guna RM100K Sumbangan Aliff Syukri Untuk Main ‘Forex’?

Pb 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.