in

Kena Tuduh Kemewahan Ditaja ‘Sugar Daddy’, Daiyan Trisha Terkilan Dengan Sikap Netizen

Ft Daiyan Trisha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, telah timbul dakwaan daripada netizen yang mengatakan bahawa kehidupan mewah pelakon Daiyan Trisha ini dikatakan tajaan lelaki kaya atau lebih dikenali sebagai ‘sugar daddy’.

Tepis dakwaan dibela sugar daddy


Bagaimanapun, selebriti berumur 29 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tidak berasas itu dan mengatakan setiap apa harta yang dimilikinya itu adalah hasil daripada usahanya sendiri.

https://www.instagram.com/p/Ckuzdk2PyJB/

“Peminat saya tahu saya ni macam mana. Bila orang cakap saya ada ‘sugar daddy’ tu, saya terasa sikit. Saya terkilan la sebab saya kerja keras kan,” katanya.

“Ia satu tuduhan yang berat dan melukan hati. Ia juga menunjukkan bahawa seorang perempuan kalau berjaya itu mesti ada benda lain,” tambahnya.

Dalam pada itu, Daiyan sebaliknya mempersoalkan kejayaan seorang lelaki yang tidak pernah dikaitkan dengan tajaan oleh wanita kaya ataupun ‘sugar mummy’.

“Kenapa lelaki berjaya tidak pernah dilabel ada ‘sugar mummy’? Bagi saya, tuduhan sebegini tidak adil bagi kaum perempuan,” ujarnya.

Hasil titik peluh dan kerja keras diri sendiri

https://www.instagram.com/p/CmjScuQv8US/

Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu berkata, kejayaan yang diraih kini adalah berkat kerja keras dan doa yang tidak pernah putus daripada ibu bapa dan keluarganya.

Tambahnya, dia sememangnya kurang gemar menunjuk-nunjuk kerja kerasnya kecuali hasil karya seni yang cukup membanggakan.

“Saya memang tidak tunjuk kesusahan tersebut kerana saya ikhlas bekerja. Doa ibu bapa juga yang mendatangkan hasil sehingga mampu mencapai beberapa impian.”

Walaubagaimanapun, dia sama sekali tidak heran dan enggan mengambil kesah tentang kata-kata dan tuduhan netizen. Dia cuma mahu fokus dengan kerjayanya serta menggembirakan diri sendiri dan keluarganya.

Terdahulu, Daiyan telah mendedahkan dia telah berjaya membeli rumah sendiri pada usia 25 tahun dan telah membeli sebuah lagi rumah mewah pada tahun lalu.

Sumber: Kosmo, Gempak

Hmmm tak baik tau main tuduh je tanpa bukti?

Baca : “Mcm apam balik” – Pakai Topi Besar, Topi Daiyan Trisha Jadi Buah Mulut Netizen

1Daiyan 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.