in

“Kena standby diving set ni” – Netizen Risau Bandar-bandar Utama di Malaysia Ni Bakal Tenggelam Menjelang 2050!

Sinking Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah pemanasan global yang sedang berlaku di dunia sekarang adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Dengarnya beberapa negara di dunia bakal tenggelam akibat kenaikan paras air laut.


Menurut tweet Centre for Governance and Political Studies, Malaysia juga tak terkecuali apabila beberapa bandar utama katanya akan tenggelam apabila paras air laut meningkat. 

Antaranya negeri yang terjejas seperti berikut:

 

Alor Setar jadi pulau, Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam dan KLIA tepi pantai?

Antara pendedahan kajian ini yang menggunakan Model CoastalDEM ialah bandar utama seperti Alor Setar bakal menjadi pulau dan Bagan Datoh, Teluk Intan serta Kuala Selangor bakal lenyap! Oh my goddd!

 

70% populasi Asia akan banyak terjejas kepada kenaikan paras air laut

Agak mengejutkan jugalah bila dapat tahu, benua Asia antara yang paling teruk terjejas dengan bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan terus lenyap dari muka bumi.

Manakala di Malaysia juga katanya kebanyakan orang terpaksa berpindah serta akibat daripada kenaikan paras air laut ini, tanah perladangan akan rosak dan krisis kekurangan makanan melanda. Aduhai… 

 

“Kita perlukan lebih banyak data/kajian untuk menghadapi masa depan! 30 tahun tu tak lama” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ini nampaknya sudah berfikiran jauh cuba membayangkan masa depan mereka pada 2050 nanti.

Ada yang mahu kerajaan buat lebih banyak kajian dan tak cukup dengan tu, ada juga yang menyesal sebab dah beli rumah di kawasan yang bakal tenggelam. Aduhai… 

Habis
sumber: twitter

 

“Baru booking rumah tepi laut kat Kuala Kedah, tenggelam teruih lepas 2050…” 

Cedih
sumber: twitter

Hmm dengar pun seram kan? Apa-apapun kita doalah semoga pada masa tu kita semua baik-baik belaka. 30 tahun tu tak lama tau. 

Baca: “Satu Malaysia kena tipu!” – Viral Video Makhluk Nyanyi Atas Pokok Rupanya Bukan Hantu Tapi…

Tiu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.