in

“Satu Malaysia kena tipu!” – Viral Video Makhluk Nyanyi Atas Pokok Rupanya Bukan Hantu Tapi…

Aiyo Kena Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang up-to-date dengan isu-isu viral ni, mesti korang ada tertengok satu video baru-baru ni yang menunjukkan satu ‘makhluk’ dilihat berdiri di puncak rimbunan pokok sambil melakukan aksi pelik. Macam menyanyi pun ada gak! 


 

“Manusia ke? Tapi berdiri pun macam hujung-hujung sangat macam tak mungkin ataupun jin?” 

Sekilas pandang, ramai yang curiga makhluk ni manusia ke, bunian ke atau hantu ke… macam-macamlah bermain di dalam fikiran. Siap ada yang cakap, kejadian ini berlaku di Gunung Ledang dan netizen rata-rata naik bulu roma bila melihatnya.

Aiii min dengar sound video ni pun rasa seram! 

Ledang
sumber: twitter

 

“Ternyata korang satu dunia kena tipu, video asal dari negara India” 

Dalam kecoh macam-macam cerita keluar, siap ada yang kaitkan dengan Puteri Gunung Ledang… rupanya menerusi perkongsian di Facebook Geng Viral Melaka, video tersebut berasal dari negara India.

Malah lebih melucukan, video tersebut tak ada kena mengena langsung dengan perkara mistik pun. Ia video berkaitan seorang wanita yang hanya nak tunjuk kebolehannya menari atas pokok. Aduiiii!

India

74451184 2420147164747368 5250506680801689600 N
sumber: facebook

Nah tengok video penuh kat sini:

 

“Hanat betol kena kencing… kata puteri gunung ledang konon” 

Rata-rata netizen memang rasa tertipu habis lah, siap ada yang tengok berkali-kali sebab nak pastikan sama ada ‘makhluk’ terbabit bunian atau makhluk halus lain. Haih sabar jelah ye, kita semua kena troll ramai-ramai. 

Hantu Sangat
sumber: facebook

Haih sebab tu lah berkali-kali min ingatkan korang, jangan sebar video kalau tak tau kesahihannya. Aduh kesian semua kena tipu beramai-ramai. 

Baca: “Nampak sangat ada orang dalam tu” – Video Rakaman ‘Hantu’ Lelaki Ini Kena Kecam Dengan Netizen Sebab…

Ha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.