in

“Kena pakai telekung kot masuk” – Wanita Kena Halau Balik, Tak Dibenarkan Masuk Pejabat Agama Sebab…

Kena Halau Guard

Cuti tahunan yang diambil untuk selesaikan urusan rasmi di pejabat kerajaan sia-sia sebab kena halau balik oleh guard. Perkongsian seorang lelaki baru-baru ni tentang pengalaman tunangnya mendapat perhatian ramai dekat Twitter.

Menurut lelaki yang menggunakan tweethandle @littlekosovo tu, tunangnya bekerja di Kuala Lumpur jadi dia perlu ambil cuti untuk selesaikan urusan pernikahan di kampung halaman. Katanya, wanita tu harus ke Pejabat Agama Islam yang mengambil masa 30 minit dari kampungnya.

Tapi, sampai je dekat sana tunang dia disuruh balik pula oleh security guard sebab menurut mereka, pakaian wanita tu terlampau singkat. Sekeping gambar turut dikongsi bersama posting tu menunjukkan apa yang tunang dia pakai masa hari kejadian.

Kena Halau
sumber: twitter

Lebih membuatkan dia dan tunangnya tu kecewa, urusan yang perlu diselesaikan tersebut sebenarnya boleh dibuat melalui panggilan telefon. Malangnya, tunang dia cuba telefon pejabat agama tu berkali-kali tetapi tak dijawab. Hmmm…

Posting dari lelaki ni terima bermacam-macam jenis respon daripada pengguna Twitter yang lain. Ada yang beri pendapat pakaian tunangnya itu tidak mengikut garis panduan Pejabat Agama Islam dan ada yang beri pendapat isu ni tak perlu dibesarkan.

Teguran 1

Teguran
sumber: twitter

Ada juga yang sama seperti lelaki ni, tak bersetuju dengan peraturan dikenakan oleh pihak pengurusan. Lelaki tu pun sebenarnya tak marah dengan guard tu sebab dia hanya menjalankan tugas, tetapi tak bersetuju dengan peraturan sebegitu.

Tak Agree

Guard
sumber: twitter

Walaupun tak dinyatakan di negeri mana tunang dia lalui pengalaman ni, tapi menurutnya wanita tu akhirnya pulang ke rumah dan tukar kepada jubah sebelum drive balik ke pejabat agama tersebut. Tapi ended up, dia cuma berdiri dekat front counter untuk tanya soalan serta ambil borang dan semuanya selesai kurang dari 10 minit.

Apa pendapat korang?

Baca: “Jatuh ayaq muka cheq kena halau keluar flight” – Gara-gara ‘Overbooked Flight’, Lelaki Kena Halau Keluar Pesawat

Aa 1