in

“Kena kurung dalam sangkar” – Budak 12 Tahun Ditemui Merangkak Tengah Jalan, Hanya Tahu Menyalak & Melolong

Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mak apa sanggup buat anak macam ni?


Pihak berkuasa Rusia terkejut selepas dorang selamatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berkeliaran di sekitar jalan raya di Chechnya, Russia dalam keadaan merangkak.

Menurut The Sun, kanak-kanak perempuan ini dikatakan didera oleh ibunya sendiri dan dikurung di dalam sangkar serta dibiarkan tak terurus dan kotor.

Bukan tu je, ibu kejam ini juga dikatakan telah menjual anaknya kepada pedofil-pedofil untuk dijadikan hamba seks dengan harga sebotol arak.

Kanak-kanak ini ditemui selepas dia terlepas dari sangkarnya dan berkeliaran di jalanan dalam keadaan merangkak hingga mengejutkan penduduk-penduduk tempatan.

Nintchdbpict000532727220 E1571646474842
Sumber: the sun

Budak ni juga sangat malnutrisi hingga dia kelihatan seperti budak berusia 5 tahun dan rantai leher plastik yang dipakainya pun dah tertanam dan menyebabkan bengkak pada lehernya.

Tapi korang tak yah risau sebab sekarang, budak ni sedang dirawat di hospital dan sumber dari hospital mengatakan yang ibu kanak-kanak ini adalah seorang kaki botol.

Ini adalah anaknya yang ke-8, 7 anaknya yang lain dah diambil oleh pihak berkuasa, tapi ibu ni berjaya sembunyikan kanak-kanak ini. Di rumah, dia disimpan dalam sangkar dan untuk sebotol arak, dia jual anaknya untuk dijadikan hamba seks.”

Ad Pic Muzz Mowgli Girl
Sumber: the sun

Mereka juga menambah yang kanak-kanak ini berkelakuan seperti haiwan bila diberikan makanan dia akan merampas makanan sebelum meringkuk di tepi dinding dan tak boleh bercakap seperti manusia, dia hanya tahu menyalak dan melolong saja. Allahu…

Pihak polis Rusia masih menjalankan siasatan namun sehingga kini belum ada lagi dakwaan dikenakan ke atas ibu tersebut.

Ibu kanak-kanak ini mengatakan dakwaan yang dirinya menjual anaknya untuk dijadikan hamba seks adalah “bullsh*t”.

Menurut jiran, ibu ini mengurung kanak-kanak tersebut di dalam bilik semasa musim sejuk manakala ketika musim panas pula dia meletakkan anaknya di dalam kandang kecil tempat tinggal lembu dan anjing terbiar.

Nintchdbpict000532727233
Sumber: the sun

Namun, pegawai tempatan mengatakan yang kanak-kanak ni memang mempunyai masalah genetik dan bukan disebabkan dari penderaan ibunya tapi pihak hospital mengatakan yang kanak-kanak ini tak pernah ada rekod kesihatan.

Kalau betul dakwaan pasal penderaan ni, harapnya mak dia kena hukuman yang setimpal.

 

Baca: Video: Saat Mendebarkan Bayi Yang Tidak Diawasi Merangkak Dilanggar Kereta Mengundur

Screenshot 2019 10 23 At 12.20.48 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.