in

Kena Kacau Ketika Buat Kerja, ‘Elmo’ Tumbuk Lelaki Hingga Cedera

Syaz Ft 62

Satu rakaman video tular di media sosial, memaparkan maskot karakter Elmo bertindak menumbuk seorang individu di kaki lima pusat beli-belah Dataran Pahlawan, Melaka.

Dalam video berdurasi 34 saat itu, dapat dilihat maskot tersebut menumbuk lelaki yang duduk di kawasan itu sebelum beredar dari situ.

Artikel berkaitan: “Kau tetiba melenting” –  ‘Cashier’ Hamil Terkilan Ditumbuk Pelanggan ‘Baran’ Hingga Bengkak Muka

Artikel berkaitan: Larian Paling Meriah, Pakai Pelbagai Maskot Buat Netizen Terhibur

Apabila perakam bertanya mengapa maskot itu berbuat demikian, dia berkata lelaki itu menumbuk perutnya ketika dia sedang bekerja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Malaysia (@utusanonline)

Pun begitu, perakam itu berkata lelaki yang ditumbuk itu cedera sehingga berdarah di bahagian muka manakala ‘Elmo’ itu tiada kecederaan dan dia tidak sepatutnya berbuat demikian.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian.

“Kita akan semak dahulu sama ada video tersebut adalah klip lama atau baru. Jika ia baru berlaku, kita akan buat laporan supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan daripada pihak polis berkenaan kes tersebut, video itu tular di media sosial sejak semalam termasuklah di platform X serta Facebook.

Sumber: Kosmo!, Instagram