in

“Kena ingat, isteri ini Allah yang kasi” – Ex-Wife Tetap Jaga Suami Walaupun Dah Diceraikan

Page 5

Kata orang, kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa. Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya.

Tapi berapa ramai yang menghargai pasangan masing-masing bila mereka ada?

Bila asyik bergaduh, terus nak cerai

Lumrah perkahwinan ada pasang surutnya. Sekejap bergaduh, sekejap bergelak ketawa. Bak kata pepatah, sedangkah lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Bila dah bergaduh ada yang memendam rasa hingga ingin bercerai-berai.

Sakit Cerai 1
sumber: sk america

Menurut perkongsian di Facebook, seorang lelaki dikatakan ingin bercerai dengan isterinya walaupun sudah memiliki tiga orang anak dan yang paling kecil hanya berusia 5 bulan.

56685604 10219256897479116 2223850163682672640 N
sumber: facebook

Punca? Isteri kerap outstation hingga sang suami terpaksa uruskan sendiri anak-anak.

Gambar isteri, anak-anak dibuang dari Instagram, Facebook

Walaupun rakan-rakan menghalang, lelaki itu tetap ingin bercerai lalu jatuh talak.

Kehidupannya berubah. Tiada lagi gambar isteri atau anak-anak di Instagram mahupun Facebook. Malah kawan-kawan turut disisihkan. Sibuk nak jaga badan untuk nampak lebih menarik online.

Fatah
gambar hiasan

Tiba-tiba, rakan-rakan mendapat tahu Shah dimasukkan ke hospital. Terkejut tengok dia sampai terpaksa memakai topeng oksigen di hospital dan tubuhnya berselirat dengan wayar.

Simpati, mereka memberitahu bekas isteri yang kemudiannya datang menjaga.

“Ex-wife datang setiap pagi..”

Rupa-rupanya, bekas isteri masih menjaga hubungan baik dengan keluarga bekas mentua. Malah masih menjaga anak-anak dengan baik, seperti biasa.

Keluarga Shah pun tak dapat nak jaga dia sebab Shah duduk di hospital berbulan-bulan lamanya.

Sakit Cerai
gambar hiasan

“Ex-wifenya datang setiap pagi. Bawa baju yang siap basuh, kemas barang, bawa sarapan.

Tengah hari datang bawa makanan, petang datang lagi hantar itu ini begitu begini. Tak bersentuh, ada masa tak bercakap langsung.”

Alasan isteri? Dia selalu dituduh tak buat banyak kerja dalam rumah semasa berkahwin, jadi dia nak tebus semua itu.

Dia sangat sayangkan suaminya, namun suami yang sibuk nak cerai, dia terpaksa terima. Akibat kesian, si bekas isteri berhenti kerja semata-mata untuk jaga bekas suami!

Shah dan isteri bernikah semula

Alhamdulillah dengan izin Tuhan, sebaik Shah dibedah, kedua-dua pasangan ini berkahwin semula.

Anak-anaklah paling gembira, seronok tengok mak ayah berbaik dah.

Nikah

Yang kelakar tu, Shah siap pesan kat kawan-kawan:

“Hargai isteri masing-masing. Kena ingat, isteri ini Allah yang kasi. Kalau dia tak curang, dia tak buat benda tak baik, maka janganlah sentiasa nak cari pasal.

Dia perempuan, kita orang lelaki patut lebih matang, lebih relaks, lebih sabar dari mereka. Kalau kita sama naik apabila dia marah, dia merajuk, kita rugi.”

Baca: Wife Busy Rancang Wedding Anniversary, Tapi Suami Kahwin Lain!

Kahwin