in

Kena Hina Sebab Keluar Dengan Anak Najib?

Page Anak Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat kes mahkamah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi topik hebat yang dibincangkan rakyat Malaysia, anaknya juga turut sama berada di bawah spotlight.


Mana taknya, sehari selepas bapanya dituduh di Malaysia, anaknya Datuk Mohd Nazifuddin telah dilihat bersenang lenang bersama seorang pelakon wanita terkenal di Taiwan.

T 1
sumber: wob

Of course lah berita ini mendapat pelbagai komen negatif daripada netizen dan kini menurut mStar pelakon itu, Celia Chang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas menerima komen berbaur ugutan di laman media sosialnya.

Celiachangnew
sumber: mstar

Malah, rakyat Malaysia juga turut sama membanjiri laman Facebook miliknya dan meminta Chang untuk menjauhkan diri daripada anak lelaki Najib. Jealous ke apa ni?

Aktres Taiwan itu juga memberitahu bahawa dia sangat kecewa dengan komen-komen yang berunsur penghinaan, ugutan dan membuli sehinggakan ada yang menggelarnya sebagai “Ayam Vietnam”. Kalau nak tau, istilah ni digunakan sebagai satu penghinaan yang membawa maksud “pelacur”.

2 2
sumber: wob

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Chang akan meneruskan hubungan dengan anak bekas PM Malaysia itu, dia hanya memberikan jawapan yang ringkas.

Saya tidak tahu.”

Selain itu, wakil agensi pengurusan Chang dalam satu kenyataan berkata pelakon itu langsung tidak menerima sebarang wang atau hadiah daripada Mohd Nazifuddin.

Bukan itu sahaja, agent mereka, Sam telah menafikan dakwaan mereka bercinta dan mengatakan pertemuan pada hari tersebut hanyalah sebagai kawan.

Uishh, mesti dia tak sangka sampai macam tu sekali reaksi netizen. 

Baca: “Biar dia enjoy dengan hidup dia”

Page 3 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.