in

“Kena beli bunga 2 kali sebulan”- Pasangan Ini Tular Lepas Buat Kontrak Percintaan 17 Muka Surat

F3 Relationship Agreement

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan yang bercinta atau yang dah berkahwin mesti ada cara mereka yang tersendiri untuk kekalkan hubungan dan rumah tangga yang telah dibina. Kahwin ni bukan benda main-main dan kalau boleh, semua orang cuma nak kahwin sekali je dalam seumur hidup.


Namun, cara yang digunakan oleh pasangan bercinta ini untuk kekalkan hubungan mereka pula lain daripada yang digunakan oleh orang kebanyakan. Memetik laporan Mirror, Annie Wright dan pasangannya Michael Head dari Amerika Syarikat itu memutuskan untuk membuat kontrak percintaan itu setelah kedua-duanya bersetuju dengan cara tersebut.

Kontrak Cinta 2

Difahamkan, Annie pada mulanya cuma bergurau dengan teman lelakinya tentang idea tu namun tak sangka pula yang lelaki tu bersetuju. Antara persetujuan yang ada dalam kontrak percintaan mereka yang mempunyai 17 muka surat itu ialah lelaki itu perlu membelinya bunga dua kali sebulan.

Disebabkan Annie mahu kekasihnya itu sentiasa sihat, lelaki itu juga setuju untuk bersenam lima kali seminggu. Selain itu, pasangan itu juga bersetuju bahawa kedua-dua mereka tidak akan memberi silent treatment jika ada perkara yang mereka tak puas hati.

Scott Graham Oqmzwnd3Thu Unsplash
Gambar sekadar hiasan

Kesimpulannya, dalam kontrak percintaan mereka ni, pasangan ni tulis apa yang mereka patut lakukan supaya hubungan tu tak akan putus di tengah jalan. Perjanjian itu pula boleh diubah mengikut keperluan dari masa ke masa.

Nampaknya mereka juga tak ada masalah nak buat perjanjian seumpama ni sebab Michael merupakan seorang pelajar undang-undang.

Bagus jugak kalau buat macam ni kan, sebab orang lelaki ni kalau kita tak cakap apa yang kita nak, mereka tak akan tahu. 

Sumber: Mirror 

Baca: Paksa Anak Sain Kontrak Takkan Gemuk, Bapa Fanatik ‘Fitness’ Dihukum Penjara 30 Bulan

Kontrak Cinta 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.