in

Kementerian Kerja Raya Nafi Malaysia Tersenarai ‘Ranking’ Ke-12 Jalan Raya Terburuk Dunia

Kkr Nafi 12 Terburuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai yang sudah mendengar berita di mana Malaysia telah tersenarai dalam ranking ke-12 Terbawah Miliki Jalan Raya Terburuk yang ditulis oleh sebuah firma pendidikan pemandu Zutobi dari Amerika Syarikat.

Terbaru, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah pun menafikan kenyataan tersebut dan menyatakan ia sesuatu yang tidak tepat dan mengelirukan.


Menurut Astro AWANI, ia berikutan laporan tersebut hanya mengambil kira empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya serta saiz relatif rangkaian jalan raya.

Fdrl

Malah, laporan itu juga hanya mengambil kira data untuk 59 negara sahaja dan tidak termasuk semua negara di dunia.

Selain itu, KKR juga menjelaskan, terdapat satu lagi kajian yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia pada bulan Ogos lepas bertajuk “Kualiti jalan di Malaysia 21 terbaik di dunia, mengatasi Australia, Britain, New Zealand” yang menggunakan sumber dari laman sesawang The Global Economy yang memperoleh data berdasarkan komponen kualiti jalan diterbitkan oleh Indeks Daya Saing Global.

“Kajian itu turut memetik sumber sahih daripada kajian eksekutif melibatkan sejumlah 14,000 tokoh dari 144 negara yang menyertai Forum Ekonomi Dunia yang berpusat di Davos, Switzerland,” tulisnya.

KKR juga berkata pihaknya sentiasa mengambil perhatian terhadap semua laporan kajian yang diterbitkan sebagai satu kaedah semak dan imbang untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Baca: Malaysia Di Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Terburuk Di Dunia – Kajian

Kualiti Ke12 Jalan Paling Buruk Dunia Malaysia

Sumber: Wikimapia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.