in

“Kembang tekak weh” – [VIDEO] Atlet Remaja Kabaddi India Dihidang Makanan Atas Lantai Tandas

Collage 45

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Perkara pertama yang diambil kira dalam penyediaan makanan mestilah kebersihan kan? Bukan je kena pastikan bahan yang digunakan bersih malah tempat letak makanan dan persekitaran pun penting jugak.

Baru-baru ini tular video menunjukkan pemain sukan Kabaddi di India telah dihidangkan makanan di dalam tandas sebuah kolam renang di Uttar Pradesh India. Toilet bersih pun geli eh nak bawak makanan masuk…

Video berdurasi satu minit ini menunjukkan atlet yang menyertai perlawanan Kabaddi ini mengambil makanan di dalam tandas yang dilihat dihidangkan di atas lantai.

Bukan tu je, tepung untuk membuat poori juga turut diuli di atas lantai tandas tersebut dan kuali berisi minyak dapat dilihat diletakkan di atas lantai.

Video ini jelasnya telah menyebabkan orang ramai marah dengan layanan yang diterima oleh atlet remaja ini di mana rata-ratanya meminta penjelasan dari menteri sukan.

Menurut laporan dari Hindustan Times, kejadian ini telah berlaku ketika kejohanan Kabaddi peringat negeri, melibatkan penyertaan remaja perempuan seramai lebih 200 orang.

Untitled Design 10 4.Jpg

Tak lama selepas video kejadian ini tular di media sosial, kerajaan dikatakan telah pun menggantung pegawai sukan Aminesh Saxena yang bertanggungjawab mengendalikan acara ini dan mengarahkan agar siasatan dijalankan ke atasnya.

Walaupun selepas mendapat kecaman ramai, Aminesh telah menafikan tuduhan menghidangkan makanan kotor dan menjelaskan bahawa makanan diletakkan di situ ekoran untuk mengelak dari terkena hujan.

Makanan yang dihidangkan adalah berkualiti. Namun disebabkan kesempitan ruang, makanan ini dimasak berdekatan dengan kolam renang stadium.

“Disebabkan hujan, kami telah membuat aturan untuk meletakkan makanan di bilik persalinan bersebelahan kolam di mana beberapa kerja membaik pulih sedang dijalankan. Tak ada tempat lain nak letak makanan sebab hujan.”

Takkanlah kat sana tak ada orang sewa khemah ya nak letak makanan sampai macam tu sekali. Belum makan dah kembang tekak.

 

Baca: [VIDEO] Lelaki Berjaya Pecahkan Rekod Memandu Secara Mengundur Sejauh 16KM Di India

Aq 1