in

“Kembang tekak aku!” -Remaja Trauma Lepas Jumpa Secebis “Jari” Manusia Dalam Makanan

Untitled Design 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjijikan dan meloyakan. Cuba bayangkan korang tengah makan something tiba-tiba ada bahagian manusia ditemui didalam makanan tersebut. Sumpah geli weh..


Kejadian yang mengelikan itu berlaku di Brazil apabila seorang remaja lelaki tergigit jari manusia yang tiba-tiba ditemui dalam pastri daging yang dipesan dari sebuah restoran di bandar Sao Paulo.

1 5 6

Menurut sumber, dia memuntahkan semula pastri yang dimakan apabila terasa ada daging aneh yang terdapat dalam pastri tersebut. Dia difahamkan mengalami trauma selepas kejadian itu. Pemilik restoran itu mengaku bahawa pekerjanya mengalami kemalangan ketika bekerja sehingga kehilangan belah atas jarinya tetapi tidak menjumpai di mana jari tersebut menghilang.

Sepasukan pakar kesihatan dan keselamatan dari Institut Perlindungan Pengguna mengunjungi tempat makan dalam beberapa jam dan memerintahkannya untuk ditutup berikutan kegagalannya memenuhi standard kebersihan dan syarat keselamatan yang boleh diterima.

Selepas kejadian tersebut, pemilik restoran  kesal dengan kejadian yang berlaku kerana tak sangka jari tersebut dijumpai dalam pastri daging pelanggannya.

Pemiliknya akan turut dikenakan denda kerana melanggar standard piawaian pengguna bersama dengan tuduhan jenayah kerana kecederaan badan dan membahayakan kesihatan dan nyawa seorang remaja dan pekerja.

Bukti telah dikumpulkan dan diambil oleh Institut Perubatan Forensik tempatan dan sedang diperiksa sebagai sebahagian daripada kes jenayah.

Baca: “Ew loya tekak, nak muntah” – Pengendali Tak Pakai Kasut Dan Dinding Berdaki Hitam, Kilang TAUHU Di KL Ditutup 14 Hari

A 3

Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.