Kembali ‘Fit’! Khairul Aming Kongsi Hasil Turun Berat 24kg Dalam Masa Setahun

Jadikan sumber pilihan di Google
Kembali ‘Fit’! Khairul Aming Kongsi Hasil Turun Berat 24kg Dalam Masa Setahun

Dalam kesibukan menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Aming sempat memberi fokus kepada kesihatannya apabila beliau sekali lagi berjaya menurunkan berat badan pada tahun ini.

Pemilik restoran Rembayung itu berkongsi perkembangan tersebut dalam sebuah video yang menunjukkan perubahan fizikalnya selepas setahun.


Menurut usahawan itu, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 24 kilogram selepas konsisten ke gim dan bersenam walaupun sibuk menguruskan perniagaannya.

“Ini hasil selepas turun 24kg dalam masa setahun. Walaupun penat tidak rehat dari tahun lepas, KA wajibkan pergi gym setiap hari dan jaga makan,” ujarnya.

Dalam video itu, Khairul Aming berkongsi perbandingan keadaan dirinya sebelum dan selepas setahun konsisten bersenam, dengan perubahan pada fizikalnya yang jelas kelihatan.

Selain rutin ke gim, dia juga konsisten mengamalkan pemakanan sihat (eat clean) secara berdisiplin.

Artikel berkaitan: Doktor ‘Complain’ Kongsi Resepi Tak Sihat, Khairul Aming Tampil Bagi Respon

Artikel berkaitan: Khairul Aming Dedah Turunkan 20KG Berat Dalam Setahun, Ramai Terinspirasi Untuk Jaga Kesihatan

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian itu memuji kecekalan Khairul Aming yang kekal berdisiplin dalam misi penurunan berat badan.

Screenshot 2026 08 12 153341 Screenshot 2026 08 12 153429

Terdahulu, Khairul Aming juga pernah menurunkan berat badannya sebanyak 20kg pada tahun 2023 selepas mula tersedar apabila pakaian yang dipakai semakin ketat dan mudah berasa penat ketika berjalan.

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kembali ‘Fit’! Khairul Aming Kongsi Hasil Turun Berat 24kg Dalam Masa Setahun
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kembali-fit-khairul-aming-kongsi-hasil-turun-berat-24kg-dalam-masa-setahun/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen