Kematian 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Kalau Penduduk Tak Vaksin – Dr Hisham

Tambah ke Sumber Pilihan
Kematian 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Kalau Penduduk Tak Vaksin – Dr Hisham

Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa kematian akibat Covid-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding yang menerima vaksin.

Menerusi Twitter peribadinya, Dr Hisham memberitahu trend kematian akibat Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan ekoran liputan vaksinasi yang meluas.


Noor Hisham Baru ResizeSumber: Utusan

Data kami menunjukkan kematian dalam kalangan yang tidak divaksinasi dan sebahagiannya divaksinasi adalah 3,200 orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk.

Bagi individu yang telah lengkap divaksin adalah 160 orang/kematian bagi satu juta penduduk dan kematian bagi yang mendapat dos penggalak adalah sebanyak 4 orang/kematian bagi satu juta penduduk.

Secara ringkasnya, kematian Covid-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi di kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding populasi yang telah divaksin.

Selain itu, Dr Hisham turut memberitahu, berdasarkan data kematian Covid-19 kebangsaan dari 1 Januari hingga 4 Disember 2021, jumlah kematian tertinggi dicatatkan adalah pada 11 September sebanyak 592 kes.

Manakala jumlah tertinggi pernah direkodkan bagi kes brought in dead (BID) pula, adalah pada 13 September dengan jumlah sebanyak 176 kes.

Bagi tahun 2021 setakat ini, sebanyak 24,014 individu telah meninggal dunia di hospital dan 6,046 kes BID.

Baca: “Kes Aktif Meningkat Kerana Pembukaan Semula Rentas Negeri” – Dr Noor Hisham

Screenshot 2021 12 09 At 4.54.52 Pm

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kematian 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Kalau Penduduk Tak Vaksin – Dr Hisham
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kematian-20-kali-ganda-lebih-tinggi-kalau-penduduk-tak-vaksin-dr-hisham/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM