in ,

Kelindan Lori Rogol Dan Ugut Bekas Kekasih Untuk Sebarkan Gambar Bogelnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di bahagian kanan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.


Ada sebab mengapa kita dinasihati supaya tidak mudah memberikan kepercayaan kepada seseorang dan menjaga maruah sebaiknya.

Seorang pembantu pemandu lori telah ditahan dan dihadap mahkamah kerana merogol dan mengugut untuk sebarkan gambar separuh bogel bekas kekasihnya yang merupakan seorang jururawat.

Gambar hiasan

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berikut di sebuah hotel di Seksyen 13, Shah Alam pada 2 Jun lepas antara jam 2.10 hingga 3 petang.

Menurut Harian Metro, tertuduh dikatakan telah merogol bekas kekasihnya sebelum mengugut untuk menyebarkan gambar separuh bogel mangsa jika beliau tidak membayarnya RM3,000. Tak guna punya laki!

Oleh sebab desakan dan paksaan lelaki itu, mangsa hanya memberi RM1,000 sahaja kerana takut gambar beliau akan tersebar di alam maya. Tetapi, lelaki itu telah pun ditangkap sehari selepas kejadian.

Gambar hiasan

Namun tertuduh, Che Mohd Shahril Che Mohd mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu.

Jika disabit kesalahan atas tuduhan pertama, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat, atau antara dua hukuman itu.

Bagi tuduhan kedua,  beliau akan dihukum mengikut seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.

Sumber : The Malay Mail Online

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan jaminan RM35,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan tarikh 19 Julai bagi sebutan semula kes mahkamah itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali dan melarang lelaki itu mengganggu atau berhubung dengan mangsa serta saksi-saksi sehingga kes selesai.

Baca : Pekerja Hotel Ekori Tetamu Perempuan Berusia 19 Tahun Ke Tandas dan Ambil Gambar Bogelnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.